Selangor Sambar Penyerang Muda Sensasi Dari Jordan

Selangor akhirnya mengumumkan ketibaan penyerang import baharu mereka untuk saingan musim 2024/2025, demi terus memperkukuhkan jentera hadapan mereka bagi mencabar pasukan-pasukan lain.

Penyerang yang dimaksudkan itu ialah pemain muda berpotensi besar dari Jordan iaitu Reziq Bani Hani dan sudah pun diumumkan secara rasmi semalam menerusi laman pasukan tersebut.

“Reziq Bani Hani hari ini diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru Gergasi Merah untuk mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025.

“Pemain kelahiran tahun 2002 ini merupakan pemain kebangsaan Jordan yang telah beraksi bersama bawah 16 tahun, bawah 17 tahun, bawah 19 tahun dan baru-baru ini bersama bawah 23 tahun di Piala Asia 2024,” ulas laman berkenaan.

Reziq menjadi antara pertaruhan penting buat Jordan B-23 sepanjang mereka beraksi di Qatar dengan beliau dibawa turun sebanyak dua kali pada pusingan Kumpulan A.

Pada usia 22 tahun, pemain ini sebenarnya telah pun mendapat tumpuan besar ketika di Jordan kerana diletakkan selaku Kapten untuk pasukan kebangsaan menerusi ciri kepimpinan dimiliki.

Malah, Reziq juga sudah pun terbiasa dalam saingan AFC Champions League (ACL) ketika bersama pasukan lamanya, Al Faisaly yang dianggap mampu untuk memberi pengalaman terbaik buat The Red Giants.

Statistik beliau dalam saingan tersebut menyaksikan Reziq telah diberi peluang beraksi sebanyak enam perlawanan serta dirinya mencipta dua gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

“Selain itu, dua jaringan gol Reziq dalam kejohanan JFA Shield 2023 telah membantu Al-Faisaly SC menjulang trofi untuk kali ke-9 yang juga merupakan trofi pertamanya bersama kelab tersebut.

“Antara pencapaian lain beliau adalah Reziq telah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak liga bawah 17 dan 19 tahun di Jordan pada tahun 2017-2018.

“Selain itu, beliau juga merupakan Pemain Terbaik serta menjuarai kejohanan Donsti Cup di Sepanyol bersama Jordan Knights di usia remajanya,” tambah laman rasmi Selangor lagi.

Pada masa sama, Reziq juga menyatakan beliau sedia untuk tidak menghampakan penyokong Selangor musim ini walaupun ia merupakan musim pertama buat pemain itu di Malaysia.

“Ini merupakan kali pertama saya berada di Malaysia. Walaupun saya masih berusia muda, saya berharap pengalaman yang saya miliki bersama pasukan sebelum dapat menambah kekuatan pasukan bagi menghadapi Liga Super 2023/24 dan di pentas ACL 2 2024.

“Oleh itu, saya akan berikan segalanya untuk tidak mengecewakan mereka,” luah Reziq akhir sekali dan kehadiran beliau jelas disambut positif oleh para peminat The Red Giants kini di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN