Akhyar Rashid Alami Pendarahan Di Kepala Serta Rugi Hampir RM5,000

Pemain sayap lincah, Akhyar Rashid secara tiba-tiba tular di media sosial semalam selepas beliau dilaporkan menjadi mangsa samun sehingga mengakibatkan kecederaan agak teruk berlaku.

Menerusi perkongsian video di media sosial, pemain kelahiran Kedah itu mengalami pendarahan di bahagian kepala sehingga dirinya perlu dibawa ke hospital untuk rawatan susulan di sebuah hospital sekitar Terengganu.

Menerusi perkongsian Majoriti, Akhyar telah diserang oleh dua individu tidak dikenali di kondominium sekitar Kuala Terengganu atas motif samun serta kini sedang diburu oleh pihak polis.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 8:30 malam dengan Akhyar dikatakan mengalami kecederaan di sekitar kaki kiri dan lengan kiri selain pendarahan di bahagian kepala akibat dihentak objek keras.

Menurut Asisten Komisioner Azli Mohd Noor selaku Ketua Polis Daerah Terengganu, kejadian berlaku selepas mangsa pulang daripada mengharungi sesi latihan bersama kelab dan diserang oleh dua suspek tidak dikenali.

Hasil serangan tersebut menyaksikan Akhyar mengalami pendarahan di bahagian ubun-ubun selepas ada kesan koyakan kira-kira empat sentimeter sebelum dibawa ke hospital berdekatan.

Selain itu, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga telah menerima empat jahitan di bahagian kepala, dua jahitan pada kaki kiri, serta mengalami bengkak sekitar tangan kiri.

“Kejadian menyebabkan mangsa menanggung kerugian hampir RM5,000 dan setakat ini, kita percaya kejadian bermotifkan samun.

“Usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” kata beliau menerusi perkongsian Majoriti.

Pada masa sama, Azli turut menyatakan mangsa telah diserang sebaik sahaja beliau turun daripada kenderaan miliknya di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian itu, suspek yang memakai ‘mask’ dan menutup kepala dengan baju hoodie itu juga dipercayai memukul mangsa menggunakan besi yang boleh laras.

“Suspek kemudian mengambil beg duit mangsa yang disimpan dalam beg bimbit dipegang oleh mangsa sebelum beredar dari lokasi kejadian menaiki sebuah kenderaan,” kata beliau akhir sekali.

Kesan kecederaan tersebut pastinya akan menyebabkan Akhyar perlu berehat seketika sebelum bersama pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sumber:
Majoriti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN