Selangor vs Negeri Sembilan adalah pertemuan di antara 2 pasukan yang berada di 3 tempat terbawah. Negeri Sembilan pastinya mahu menang untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Namun di Cheras, Negeri Sembilan terus gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam Liga Super selepas 5 perlawanan terakhir mereka.
Rufino Segovia meneruskan aksi cemerlang di hadapan gol dengan jaringan pembukaan pada minit ke-34, menerima hantaran cantik daripada Amri Yahyah dan beliau menanduk ke near post.
Bekas pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene menjaringkan gol kedua pada minit ke-56.
Negeri Sembilan merapatkan jurang gol menerusi N. Thanabalan pada minit ke-64. Namun gagal mendapatkan gol penyamaan.
Kemenangan ini membolehkan Selangor naik ke tangga ke-8 dengan 4 mata di atas zon penyingkiran.
Sementara itu, Negeri Sembilan terus berada di tangga tercorot. Dipisahkan 3 mata daripada zon selamat. Perlawanan seterusnya, Negeri Sembilan akan berhadapan dengan pasukan Kedah. Mereka harus mendapatkan kemenangan segera jika tidak mahu ‘bodoghai’ tersingkir.
Manakala Selangor akan ke Larkin untuk berhadapan dengan JDT dalam perlawanan yang pasti menjadi tumpuan.