Simeone: “Kelakuan Saya Tempoh Hari Memang Melampau, Tak Boleh Dimaafkan”

Diego Simeone diarahkan meninggalkan bangku simpanan pasukan selepas mengganggu tugasan pengadil. Simeone berang dengan pengadil yang melayangkan Vrsalkjo kad merah seawal minit ke-10.

Beliau kemudian memberikan reaksi sinis meminta pengadil melayangkan kad kepada pemain Arsenal yang melakukan kekasaran selepas itu.

Pengadil perlawanan Clement Turpin terpaksa berbuat demikian selepas Simeone menghamburkan kata-kata kesat termasuk, “son of a b**ch”.

Bercakap dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Alaves, Simeone berjanji akan memperbaiki sikap beliau ketika berada di tepi padang.

“Saya tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Saya faham, semua perkara ini boleh berlaku kerana aksi dalam padang sangat pantas.”

“Saya perlu memperbaiki sikap saya dan beberapa aspek dalam diri saya. Saya tidak boleh berkata apa-apa tentang apa berlaku tempoh hari. Tiada maaf untuk tindakan sebegitu.”

“Apabila anda diarahkan keluar, anda tidak boleh berkata apa-apa lagi, tiada alasan untuknya.”

Uefa turut mengenakan tindakan kepada penyokong Atletico Madrid yang membaling objek ke padang dalam perlawanan tersebut.

Manakala, untuk penyokong Arsenal, mereka dikenakan tindakan kerana membakar suar dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan pertama separuh akhir UEL di antara Arsenal dan Arletico berakhir dengan 1-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN