Selangor Julang Piala Presiden 2017

Penantian selama sembilan tahun berakhir apabila pasukan Selangor U21 muncul juara Piala Presiden, biarpun tewas 0-1 kepada Terengganu, dalam aksi final kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Pada aksi final pertama di Stadium Selayang minggu lepas, Selangor mencatat kemenangan 2-0 dan sekaligus dinobatkan sebagai juara Piala Presiden 2017 dengan agregat 2-1.

Dalam aksi final kedua, Selangor mencemaskan gawang tuan rumah seawal minit keempat, menerusi percubaan Badrul Amin Ruslan, namun percubaannya tidak menepati sasaran.

Tuan rumah mempunyai beberapa peluang keemasan untuk memperoleh gol awal menerusi percubaan Muhd Aliff Fitri Jefri yang menerima bola hantaran lintang Mohamad Rahmat Makasuf.

Terengganu masih buntu membolosi gawang Selangor apabila tandukan Mohamad Rahmat melepasi gawang yang cuma dikawal kapten pasukan, Muhammad Haziq Ridwan.

Gambar : Selangor FA

Pasukan Terengganu akhirnya berjaya merapatkan defisit gol hasil sepakan percuma cantik oleh Mohd Haidhir Suhaini, menewaskan Muhammad Haziq pada minit ke-24.

Gol itu menyuntik moral pasukan Terengganu yang diiringi sokongan padu lebih 3,000 penyokong untuk memadamkan defisit dua gol milik Selangor.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus melakukan asakan ke kubu pelawat, namun gerakan yang direncana berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.

Pada minit ke-61, pengadil perlawanan, Muhammad Almi Abdullah membuat kesilapan besar apabila melayangkan kad kuning pertama, disusuli kad merah ke atas pertahanan Selangor, Muhd Amirul Ashraf Ariffin.

Insiden itu sekali gus menyebabkan pemain dan pegawai Selangor melakukan protes sebelum Muhammad Almi menarik balik keputusan itu.

Bagaimanapun, usaha Terengganu untuk memburu gol kedua terus menemui jalan buntu, walaupun melakukan serangan bertali arus hingga ke wisel penamat. – Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN