Sandro Pastikan Lang Merah Terbang Gagah Ke Pentas Akhir Piala Malaysia 2017

Di atas kertas, Kedah tampil dengan sedikit kelebihan dengan kelebihan gol di tempat lawan, serta aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 yang dilangsungkan di tempat sendiri.

Namun pada malam ini, skuad Lang Merah tampil tanpa beberapa tongak utama. Kapten pasukan, Khairul Helmi dan juga pemain tengah import Liridon Krasniqi digantung perlawanan.

Pengendali Nidzam Adzha Yusoff juga terpaksa menampilkan pemain bintang muda Syafiq Ahmad di jentera serangan, menggantikan penyerang Denmark, Ken Ilso yang mengalami kecederaan buku lali.

Formasi 4-2-3-1 terus dijadikan sandaran dengan sedikit perubahan taktikal menyaksikan Baddrol beraksi di bahagian tengah, mengantikan tempat yang biasa diisi oleh Liridon.

Sumber: Kedah FA, Facebook.

Pentas separuh akhir bukanlah saingan yang asing buat Felda United. Meraka pernah sampai ke tahap ini pada 2014 sebelum ditewaskan oleh JDT dan 2015, ditewaskan oleh Kedah.

Sudah pasti anak buah B.Sathianathan tidak mahu melepaskan peluang dalam percubaan kali ke-3 mereka di peringkat yang sama.

Tampil dengan formasi 4-3-3, skuad The Fighters kelihatan seperti sebuah pasukan yang dinamik, dan kini terpulang kepada barisan pemain untuk merealisasikan perancangan jurulatih mereka.

Pengadil perlawanan pada malam ini, Muhammad Nazmi Nasaruddin meniupkan wisel permulaan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan rancak, dengan kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas untuk melakukan serangan untuk tempoh 5 minit pertama perlawanan.

Pada minit ke-5 perlawanan menyaksikan Kedah dianugerahkan sepakan percuma di luar kotak penalti Felda, namun sepakan percuma oleh Sandro dihalang oleh benteng pertahanan lawan.

Gerakan cantik Farhan Roslan mengelirukan bek kiri Felda United pada minit ke-13 hampir membawa padah. Tetapi sepakan lencong ke arah gawang oleh Farhan, berjaya dikeluarkan oleh Shukor Adan.

20 minit pertama perlawanan, tempo perlawanan secara keseluruhan agak perlahan, dan tiada percubaan tepat ke arah gawang kedua-dua pasukan.

Aksi selepas itu menyaksikan beberapa insiden tegang di antara pemain dari kedua-dua buah pasukan sehingga memaksa pengadil perlawanan memberikan amaran lisan kepada beberapa pemain.

Gerakan satu dua antara Farhan dan Sandro di sebelah kiri serangan Kedah pada minit ke-33, hampir membebaskan Farhan, namun penyerang muda itu terjatuh dan dinafikan sepakan penalti walaupun mendakwa ada kekasaran oleh pertahanan Felda berlaku.

Percubaan pertama tepat ke sasaran pada malam ini akhirnya tiba apabila tandukan Thiago Agusto hasil hantaran sepakan percuma dari luar kotak penalti memaksa Mohd Ifwat melayangkan badan, untuk mendakap kemas percubaan penyerang Felda tersebut.

Seminit sebelum separuh masa pertama tamat, Rizal Ghazali berjaya melepaskan diri di sebelah kanan serangan, namun hantarannya gagal disudahkan rakan sepasukan dan mencipta sedikit suasana kelam kabut di hadapan gawang Felda.

Pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat separuh masa pertama dan kedudukan semasa Kedah 0-0 Felda Utd.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan kedua-dua pasukan menggunakan kepantasan sayap untuk melakukan serangan. Gandingan Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan Sandro terus mengancam untuk Kedah.

Manakala Wan Zack Haikal, Norshahrul dan Thiago menunjukkan mereka juga tidak mahu ketinggalan untuk memburu gol dalam perlawanan ini.

Minit ke-51 perlawanan, Mohd Ifwat berjaya membaca rembatan deras Wan Zack Haikal selepas menerima bola tolakan Thiago di dari dalam kotak penalti Kedah.

Minit ke-61 perlawanan, Felda kurang bernasib baik apabila kuisan Thiago terkena tiang, walalupun lariannya sudah menewaskan 2 pertahanan Kedah, dan percubaannya sudah pun melewati jangkauan Ifwat.

Photo by Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

2 minit kemudian, Sandro sekali lagi mensia-siakan peluang yang terhasil daripada sepakan percuma di luar kotak penalti Felda, apabila sepakannya tersasar.

Gandingan Syafiq Ahmad dan Baddrol Bakhtiar akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila kedua-dua pemain mengeksploitasi bahagian kiri pertahanan lawan.

Hantaran Baddrol kemudiannya tepat kepada Sandro untuk satu penyudah yang tidak memberi peluang langsung kepada Farizal Harun untuk berbuat apa-apa. Minit ke-71 perlawanan, kedudukan semasa Kedah 1-0 Felda Utd.

Felda tidak mendiamkan diri begitu sahaja. Hantaran lintang Hadin Azman pada minit ke-75 hampir membuahkan hasil, namun tandukan Thiago sedikit tersasar.

Shukor Adan menjadi pemain pertama yang menerima kad kuning dalam perlawanan ini selepas membentes keras Farhan Roslan yang menyerbu ke arah pertahanan Felda yang sudah terdedah.

Sandro sekali lagi menggamatkan Stadium Darul Aman dengan jaringan kedua peribadinya pada malam ini, bijak memperdayakan Farizal untuk secara agregatnya Kedah 3-1 Felda.

Felda cuba mengasak selepas itu, namun wisel penamat dari pengadil bermakna Kedah berjaya menewaskan Felda United dengan jaringan 2-0.

Rumusan

Secara agregat, Kedah menewaskan Felda United dengan jaringan 3-1. Ini adalah perlawanan akhir ke-3 secara berturut-turut buat skuad Lang Merah.

Bolehkah mereka mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia 2017 pada musim ini?

Kedah FA: Mohd Ifwat (PG), Syawal Nordin, Fitri Omar (Ariff Farhan), Zach Anderson, Baddrol Bakhtiar(K), Sandro, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam, Farhan Roslan (Akram Mahinan) , Syafiq Ahmad(Fakri Saarani), Syazwan Zainon.

Felda United: Farizal Harun (PG), Dino Djulbic, Thiago Augusto, Norshahrul (Hadin Azman), Zah Rahan, Wan Zack Haikal, Shukor Adan(K), Ifedayo Olusegun, Safwan Hashim, Alif Yusof, Curran Lawrence.

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN