Quantcast

BERITA

Selangor FA Dan Monoloque Jalin Kerjasama Hasilkan Lagu Untuk Pasukan

Penglibatan golongan selebriti tanah air dalam Liga Malaysia semakin bertambah apabila seorang pemuzik terkenal , Monoloque bakal melancarkan “anthem song” pasukan Selangor di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, The Curve pada hujung minggu ini.

Hal ini disahkan sendiri melalui portal Dunia Sukan Online yang turut mengumumkan pra pelancaran itu akan bermula pada pukul 11 pagi hingga 7 malam.

Selepas Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan – RASMI dan Kuala Lumpur Hawks berkolaborasi bersama penyanyi, susulan…

Posted by Dunia Sukan Online on Monday, February 5, 2018

Monoloque merupakan artis yang ketiga selain Waris dan Bunkface yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan pasukan Liga Malaysia.

Bulan lepas, kumpulan band popular tanah air, Bunkface menawarkan penajaan bersama pendatang baharu Liga Super 2018, Kuala Lumpur FA untuk membantu dari segi pemasaran dan penjenamaan.

Perkara itu diumumkan melalui laman facebook rasmi Bunkface yang mengharapkan dengan kerjasama ini dapat memeriahkan lagi industri bolasepak tanah air.

Mereka juga telah pun mengadakan Majlis penyerahan tawaran penajaan kepada En Nokman, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi musim 2018/2019.

15 Januari 2018 – Majlis penyerahan tawaran penajaan kepada En Nokman, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur…

Posted by Bunkface! on Tuesday, January 16, 2018

Populariti dan pengaruh daripada seorang artis popular mungkin dapat menarik minat penyokong untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka. Disamping itu, ia dapat meningkatkan jenama pasukan KLFA itu sendiri serta menarik penaja daripada syarikat korporat.

Jika kita lihat senario bola sepak di Malaysia, kebanyakan pasukan memerlukan bantuan pengaruh ahli politik untuk menarik tajaan syarikat korporat.

Malah kebanyakan syarikat tersebut tidak memerlukan pengiklanan dalam bola sepak pun sebenarnya untuk berkembang. Contohnya:Chengal Jati, Menteri Besar Incorporated, Aras Kuasa, Lembaga Air Perak, Sarawak Energy, dan Ladang Rakyat Terengganu.

Pada zaman sekarang, tekanan bagi sebuah kelab bola sepak untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan memaksa mereka untuk menguatkan jenama mereka.

Jenama dalam konteks ini adalah nama kelab mereka. Seperti contoh, Futbol Club Barcelona menjenamakan nama ‘FC Barcelona’ mereka. Fußball-Club Bayern München e.V. menjenamakan nama ‘FC Bayern Munich’ mereka. Associazione Calcio Milan pula menjenamakan nama ‘AC Milan’ mereka.

Manakala Johor Darul Ta’zim Football Club pula menjenamakan nama ‘JDT’ mereka.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!