Kedah Jumpa Negeri Sembilan Di Pusingan Kedua Piala FA 2018

Juara Piala FA 2017, Kedah berdepan laluan sukar apabila pasukan itu diundi bertemu dengan pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan di pusingan kedua Piala FA 2018.

Ini bermakna misi skuad helang merah untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA pada tahun ini agak sukar apabila diuji lebih awal pada perlawanan yang dijadualkan pada 2 atau 3 Mac ini.

Kedah merangkul gelaran juara Piala FA musim lalu selepas menewaskan Pahang 3-2 pada final di Stadium Shah Alam manakala Negeri Sembilan terkandas di separuh akhir apabila tewas kepada Pahang.

Keputusan undian pusingan pertama Piala FA 2018.

Dalam undian Piala FA yang disiarkan secara langsung melalui iflix, pasukan yang bakal bertanding pada pusingan pertama ialah juara kejohanan Selangor Champions League (SCL) iaitu Axis-O2 FC, yang diundi bertemu pasukan SRCC Kuala Kangsar.

Axis-02 FC dan SRCC Kuala Kangsar adalah antara sembilan pasukan amatur yang bakal membuat penampilan pertama di pusingan awal saingan Piala FA musim ini.

7 pasukan amatur yang lain ialah Majlis Daerah Jempol, CNA FC, Persada Integriti Bersatu FC, FA Cina Malaysia, Invictus FC, Jerantut FA dan Southern FC.

Sembilan kelab amatur dan sosial yang dijemput musim ini dipilih berdasarkan pelbagai kriteria dan untuk musim depan ia akan dipilih daripada pasukan yang bersaing di Liga Divisyen Keempat dan Kelima yang akan diperkenalkan kelak.

Jumlah penyertaan juga bakal ditingkatkan kepada 100 pasukan di masa hadapan membabitkan pasukan bertaraf amatur dan sosial sebagai medan mengasah bakat mereka.

Saingan Piala FA akan membuka tirainya secara rasmi pada 13 Februari ini dan dijangka lebih sengit dan menarik.

Pemenang di peringkat pusingan pertama akan menempah laluan ke peringkat pusingan kedua bertemu dengan pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana yang bakal menanti mereka seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Pahang dan Selangor.

Manakala undian di pusingan kedua menyaksikan finalist Piala FA 2017, Pahang berdepan ATM pada pusingan kedua manakala juara Liga Super 4 kali, JDT akan bertemu Sabah di tempat lawan.

Keputusan undian pusingan kedua seperti yang dihebahkan oleh pihak FMLLP.

Perlawanan peringkat pusingan kedua yang akan membuka tirainya pada 2 dan 3 Mac depan turut menyaksikan juara Piala FA 5 kali, Selangor mendapat undian yang mudah apabila diundi bertemua dengan pemenang dari pusingan pertama sama ada MOF FC atau CNA FC.

Satu lagi pasukan Liga Super, PKNS FC dijangka tiada masalah untuk mara ke pusingan ketiga apabila diundi bertemu dengan kelab dari liga bawahan sama ada Invictus FC atau Hanelang FC.

Juara Piala FA pada tahun 2012 dan 2013 Kelantan juga akan membuat penghitungan berdepan kelab Terengganu City atau Jerantut FA di pusingan kedua.

Wakil dari Borneo, Sarawak yang tersingkir daripada saingan Liga Super musim lepas berdepan laluan yang berliku apabila diundi menentang pasukan Perak.

Naib juara Liga Premier musim lepas, Terengganu FC yang tewas kepada Kedah di separuh akhir Piala FA dengan agregat 4-0 tahun lalu pula diundi menentang lawan dari pusingan pertama, PJ Rangers atau MD Jempol FC.

Piala FA mula diperkenalkan pada tahun 1990 apabila 16 pasukan bertanding sebelum diperluaskan pada 1995 dengan memasukkan beberapa kelab amatur sehingga mencapai rekod 35 pasukan pada 2016 dan 2017.

Selepas selesai perlawanan pusingan pertama dan kedua, undian untuk perlawanan pusingan ketiga akan bermula pada 16 dan 17 Mac depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN