Selangor Diberi Nasihat Untuk Cuba Tandatangani Khidmat Jurgen Klinsmann

Selangor ketika ini sah tidak lagi akan menggunakan khidmat Tan Cheng Hoe selaku jurulatih utama mereka pada saingan hadapan, selepas pengendali itu secara mengejut melepaskan jawatan itu untuk menyertai saingan Thai League 1.

Ketiadaan Cheng Hoe jelas menimbulkan begitu banyak persoalan dalam kalangan penyokong yang sebelum itu melihat pengendali berkenaan sudah pun membawa The Red Giants dalam saingan Asia musim ini.

Kekosongan ditinggalkan Cheng Hoe itu kini meletakkan Nidzam Jamil selaku pengendali sementara sementara pengurusan Selangor mendapatkan pengendali baharu untuk melatih para pemain di skuad utama.

Menerusi laporan media sosial, beberapa nama jurulatih berpengalaman di seluruh dunia sudah pun timbul dan mendapat banyak pandangan daripada segelintir penyokong dengan harapan pengurusan kelab dapat membuat keputusan lebih baik sebelum pemilihan akhir dibuat.

Antara nama yang timbul di media sosial termasuklah bekas pengendali berpengaruh skuad kebangsaan Vietnam iaitu Park Hang-seo serta jurulatih Tajikistan di Piala Asia, Peter Segrt.

Walaupun begitu, pemerhati bola sepak tempatan iaitu Sadek Mustaffa mempunyai pandangan tersendiri dengan beliau mencadangkan Selangor untuk cuba mendapatkan khidmat bekas jurulatih Korea Selatan iaitu Jurgen Klinsmann.

Jelas beliau, kehadiran Klinsmann mampu untuk menaikkan lagi imej The Red Giants dalam dunia bola sepak profesional serta menutup tumpuan ramai kepada kelab lain di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Selaku pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Sadek menyatakan Selangor boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat terkenal dari Jerman yang berada di Malaysia seperti Volkswagen, Audi serta lain-lain untuk menampung kos perbelanjaan jurulatih berpengalaman tersebut.

“Inilah masanya ambil Jurgen Klinsmann, ini namanya perang psikologi untuk tutup cerita kelab lain dengan semua peminat dan media pastinya hanya tertumpu kepada Selangor FC.

“Saya fikir Selangor boleh cuba pikat Klinsmann. Mereka boleh lakukan dengan kapasiti yang ada termasuk banyak syarikat gergasi Jerman yang boleh di bawa masuk selaku penaja.

“Jerman ada satu budaya suka memperkenalkan budaya mereka di mata luar, jadi ketiadaan Tan Cheng Hoe mungkin boleh membuka ruang perbincangan dengan Klinsmann.

“Jika berjaya bawa legenda Jerman itu, saya yakin imej Selangor dan tumpuan dunia akan terarah ke Selangor dan Liga M akan mendapat tempiasnya.

“Paling penting cerita Selangor akan menjadi pilihan media utama berbading pasukan lain, ini namanya perang psikologi terbaik untuk Selangor,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, kehadiran jurulatih dari Jerman bukan lagi sesuatu yang asing buat Selangor apabila mereka pernah mendapatkan Bernhard Schumm, Michael Feichtenbeiner, serta Karsten Neitzel selaku pengendali pasukan itu.

Pada pandangan anda, adakah cadangan itu mampu direalisasikan oleh Selangor pada saingan akan datang untuk mendapatkan Klinsmann hadir ke Malaysia?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN