Lukas Podolski: Garang Di Atas Padang, Hebat Selaku ‘Saudagar’ Kebab

Nama Lukas Podolski sebenarnya tak perlu lagi dipertikaikan kewibawaan beliau di atas padang, selepas semua peminat bola sepak sudah pun mengenali bekas penyerang handalan Jerman ini.

Walaupun ketika ini Podolski tidak lagi sehebat zaman kemuncaknya pada suatu ketika, nama beliau masih lagi menjadi sebutan serta beliau sendiri beraksi di saingan tertinggi Poland bersama Gornik Zabrze.

Namun sesuatu tidak dijangka apabila Podolski bukan hanya berjaya selaku atlet dalam dunia bola sepak, sebaliknya beliau juga kini merupakan seorang jutawan hasil perniagaan kebabnya yang sangat berjaya.

Ketika ini, tular di media sosial apabila Podolski secara tiba-tiba berjaya dalam dunia perniagaan menerusi perusahaan kebab beliau di negaranya, Jerman.

Pada usia 38 tahun, Podolksi telah pun bergelar usahawan berjaya apabila beliau mampu mengumpul keuntungan bersih sebanyak $225 juta hasil perniagaan kebab miliknya.

Kedai yang diberi nama Mangal Doner itu ketika ini boleh dikatakan berkembang dengan sangat maju apabila bekas pemain Arsenal itu sudah pun membuka 30 cawangan di Jerman kini.

Selain kebab, Podolski turut membuka rangkaian perniagaan ais krim yang diberi jenama Ice Cream United dan turut berkembang maju di negara tersebut.

Jelas Podolski, inspirasi beliau untuk membuka perniagaan makanan kebab itu tercetus ketika beliau beraksi di Turkiye bersama bersama kelab gergasi, Galatasaray ketika musim 2015 hingga 2017.

Tidak terhenti setakat itu, Podolski turut menyatakan beliau bakal mengembangkan lagi perniagannya pada masa hadapan dengan semangat cukup tinggi.

“Ketika pemain lain menghabiskan masa bermain golf selepas sesi latihan, serta bersiar-siar di sana sepanjang hari.

“Saya pula menjual ais krim, kebab, dan pakaian serta gembira melihat semua orang ada sesuatu untuk dibawa pulang.

“Saya akan terus menyokong projek ini 100%, serta akan tampil membantu apa yang diperlukan. Saya mahu terus terlibat dalam projek ini,” ujar beliau menerusi perkongsian daripada laman Mundodeportivo.

Apa yang dilakukan oleh Podolski ini merupakan suatu contoh terbaik terutama sekali kepada para pemain tempatan di Malaysia untuk terus berkembang maju selepas karier mereka tamat dalam dunia bola sepak profesional.

Walaupun sibuk dalam dunia perniagaan, secara keseluruhan Podolski masih lagi berbisa di Poland apabila beliau sudah pun meledak tiga gol bersama dua bantuan jaringan daripada 16 penampilan bersama pasukan tersebut.

Sumber:
Mundodeportivo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN