Selangor Dapatkan Bintang Import Baharu, Tapi Kenapa Pemain Umum Dulu Sebelum Kelab?

Semalam kita dikejutkan dengan pelbagai cerita menarik dalam bola sepak Malaysia.

Antaranya adalah tindakan Selangor yang mendapatkan pemain baharu iaitu Baha’ Abdel-Rahman yang berasal dari Jordan.

Ya, itu adalah perkara normal dalam bola sepak apabila sesebuah kelab mendapatkan pemain baharu.

Jadi apa isunya?

Isunya disini adalah tiada angin, tiada ribut tiba-tiba saja Baha’ diangkat sebagai pemain Selangor yang baharu.

Dan ianya dilakukan sebelum pihak Selangor sendiri yang mengumumkan kehadiran pemain tersebut.

Kenapa bukan kelab yang umum?

Situasi yang berlaku ini mengundang rasa tidak senang kumpulan penyokong Selangor yang menganggap situasi ini bukanlah baik.

Gerakan ultras, ultraSel mempersoal tindakan Selangor yang membiarkan pihak lain yang mengumumkan kehadiran pemain tersebut.

“Salam Selangor FC, nak tanya sikit mengenai berita ini [pembelian Baha], betul ke?”

“Jika ya, kenapa pemain yang umum dulu?,” soal ultraSel menerusi Twitter mereka.

Dalam masa yang sama, mereka turut mempersoal projek pemain muda Selangor.

Hal ini kerana, Baha’ merupakan pemain berusia 34 tahun dan boleh dikatakan berada di penghujung karier.

“Macam mana dengan konsep Trust The Process jika tandatangani pemain berusia seperti ni? Mohon pencerahan.”

Sehingga kini, Selangor masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai situasi ini.

Baha’ merupakan pemain tengah bertahan yang sebelum ini pernah bermain dengan pasukan seperti Al-Nasr SC dan Al-Taawoun SC.

Leave a Reply