Selangor Bakal Terima Hukuman Tambahan Daripada MFL

Selangor nampaknya bakal menjadi antara pasukan yang memulakan aksi Liga Super musim 2024/2025 selepas mereka sah kehilangan tiga mata sulung akibat penarikan diri daripada menyertai kejohanan Piala Sumbangsih.

Terdahulu, The Red Giants sah menarik diri selepas permohonan mereka pada awalnya untuk menunda aksi tersebut tidak diterima oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Jelas Selangor, mereka terpaksa menarik diri daripada saingan tersebut kerana bimbang akan faktor keselamatan bakal dihadapi para pemain selepas apa telah menimpa Faisal Halim.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mel 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagal pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawal pasukan dalam tempoh hanya 72 Jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk TIDAK HADIR ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh mereka.

Disebabkan itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sepatutnya menjadi lawan mereka diberi kemenangan 3-0 dan terus mengekalkan kejuaraan itu di laman mereka sendiri musim ini.

Selain itu, JDT juga memulakan aksi musim ini dengan langkah kanan apabila mereka turut diberi tiga mata hasil daripada keputusan tersebut bagi saingan Liga Super dengan lebih awal.

Pada masa sama, MFL juga turut menyatakan keputusan penarikan diri itu bakal menyebabkan bakal berdepan hukuman lain selepas ia dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selain kehilangan tiga mata, peluang meraih trofi, serta bakal berdepan hukuman lain, Selangor juga kini bakal memulakan musim terbaharu tanpa khidmat penyerang lincah Harimau Malaya, Faisal Halim apabila pemain itu dijangka bakal berehat panjang.

Faisal yang menjadi mangsa serangan individu tak dikenali dengan simbahan asid itu terpaksa menjalani beberapa pembedahan kerana kecederaan teruk pada pemain berkenaan sehingga menyebabkan dirinya melecur teruk.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN