Terengganu Kini Sudah Miliki Pengganti Buat Akhyar Rashid

Terengganu dilaporkan sudah pun memiliki pemain bersesuaian untuk menggantikan khidmat Akhyar Rashid yang tidak akan beraksi dalam beberapa aksi terawal Liga Super 2024/2025.

Terdahulu, Sang Penyu sah kehilangan khidmat Akhyar Rashid untuk beberapa perlawanan awal domestik selepas pemain tersebut masih lagi dalam tempoh pemulihan akibat daripada siri serangan penjenayah ke atas beliau sehingga mengakibatkan kecederaan berlaku.

Akhyar ketika itu menjadi mangsa jenayah kepada dua individu tidak dikenali dengan beliau dipukul oleh cota sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian kepala, tangan serta kaki.

Disebabkan itu, Tomislav Steinbruckner selaku jurulatih utama Terengganu terpaksa membuat rombakan baharu bagi mendapatkan pemain gantian baharu mengisi kekosongan ditinggalkan Akhyar.

Apa tidaknya, Akhyar merupakan salah satu tunjang utama Sang Penyu ketika aksi pramusim lalu selepas beliau sah menyertai Terengganu menerusi status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketiadaan Akhyar pastinya akan memberi kesan buat Steinbruckner selepas pemain tersebut tampil positif dalam setiap aksi pramusim ketika dibawa turun.

Walaupun begitu, pengendali dari Croatia ini dikatakan sudah mempunyai beberapa calon pemain pengganti sesuai untuk mengharungi beberapa perlawanan awal nanti.

“Saya sudah ada perancangan siapa akan mengambil posisi Akhyar pada aksi sulung Sabtu ini, salah seorang pemain berkenaan ialah Norhakim Hassan.

“Namun saya masih menilai beberapa lagi pemain yang dilihat mampu memikul tugasan bakal diberikan itu kerana misi kita adalah tiga mata lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri.

“Jadi pemain bakal disenaraikan nanti diharapkan tidak menghampakan pasukan dan peminat, mereka perlu memperagakan aksi terbaik dalam aksi pertama itu,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Musim lalu menyaksikan Norhakim telah diberi peluang beraksi sebanyak 15 perlawanan bersama Terengganu di pentas domestik dengan empat gol serta satu bantuan jaringan berjaya dihasilkan pemain ini.

Bagi saingan di peringkat AFC pula, pemain berusia 32 tahun itu telah bermain sebanyak enam perlawanan dan mencipta satu bantuan jaringan ketika bertemu kelab dari Indonesia, Bali United.

Pada masa sama, Steinbruckner mengakui mental serta fizikal Akhyar kini berada dalam keadaan baik selepas melalui detik gelap tersebut beberapa hari lalu.

“Ketika ini, fizikal dan mental pemain berada pada tahap baik biarpun terusik dengan kejadian menimpa Akhyar.

“Tanpa Akhyar dan pemain pertahanan, Mathew Steenvoorden yang juga tidak dapat diturunkan akibat kecederaan ketika aksi pramusim, apa yang positif pertahanan kanan, Muhammad Azam Azmi Murad telah menjalani latihan penuh dan sudah bersedia untuk diturunkan,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN