Selamat Maju Jaya Khairy Jamaluddin, Jasamu Dikenang

Khairy Jamaluddin secara automatiknya akan menyerahkan tugas beliau kepada orang baru selepas ini. Ini selepas parti beliau tewas dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Beliau menjadi pemimpin Barisan Nasional terawal mengucapkan selamat maju jaya kepada rakyat Malaysia dan menghormati pilihan majoriti rakyat yang memilih.

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada salah seorang Menteri Belia dan Sukan terbaik yang pernah dimiliki Malaysia.

1. Semangat (passion) KJ

Khairy Jamaluddin bukan sekadar seorang menteri. Beliau adalah seorang peminat sukan terutama sekali bola sepak. Ini adalah detik ketika beliau berada di Sukan Olimpik Rio.

Beliau juga seorang atlet yang pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA dalam acara polo.

Tidak lupa, Khairy Jamaluddin merupakan penyokong setia Manchester United. Semua kita tahu akan cinta beliau kepada pasukan tersebut.

2. Sikap turun padang

Khairy Jamaluddin kerap terlibat sendiri dengan program sukan sama ada anjuran kementerian beliau ataupun organisasi yang lain. Ini antara detik beliau meninjau aktiviti Festival Putrajaya pada satu ketika dahulu dengan papan selaju.

Beliau juga suka melibatkan diri dengan aktiviti futsal apabila ada kesempatan.

3. Disenangi ramai

Beliau antara pemimpin yang disenangi semua orang daripada latar politik yang berbeza. Sikapnya yang santai membuatkan Khairy Jamaluddin sentiasa dekat di hati golongan muda dan belia terutamanya.

Bila bercakap tentang sukan dan bola sepak, sudah pastinya golongan muda adalah pengikut utama.

4. Menteri yang menjadi ikon

Jika anda mencari seorang menteri yang sesuai dengan jawatan mereka secara total, KJ adalah orangnya. Beliau sentiasa melaungkan agar rakyat Malaysia menjadi sihat dan cergas.

Dalam program Fit Malaysia di bawah Kementerian beliau, KJ banyak terlibat dalam aktiviti untuk mengajak orang ramai menyertainya. Beliau diiktiraf menteri paling cergas/fit di Malaysia.

5. KJ dan bola sepak

Beliau seorang yang sangat cintakan bola sepak. Beliau pernah bersama-sama dengan Jason Lo, Bojan Hodak dan Shebby Singh menubuhkan MyTeam di mana beliau menjadi pengerusinya.

Beliau juga adalah Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006 -2008. Dan pada bulan Oktober 2007, beliau dipilih menjadi Naib Presiden FAM. Pada 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan sehinggalah 2018.

Di bawah pentadbiran beliau selain daripada NFDP, Kementerian Belia dan Sukan turut menubuhkan Akademi Mokhtar Dahari yang diselia oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN)

Selamat maju jaya KJ

Kami ucapkan Khairy Jamaluddin selamat maju jaya. Terima kasih di atas sumbangan anda kepada sukan tanah air terutama sekali bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN