Selalu Sangat Cedera, PSG Mahu Lepaskan Sergio Ramos

Sergio Ramos

Masa Sergio Ramos bersama Paris Saint-Germain (PSG) dilihat bakal berakhir tidak lama lagi selepas kelab itu dilihat sudah ‘muak’ dengannya.

Hal ini disebabkan, rekod kecederaan yang dialami pertahanan Sepanyol itu sejak menyertai kelab Perancis tersebut tidak begitu baik hinggakan Ramos sering terlepas aksi penting.

Menurut laporan MARCA, PSG dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan Ramos dengan mereka menganggap pemain tersebut tidak lagi berada dalam perancangan pasukan musim hadapan.

PSG dikatakan bersedia melepaskan Ramos walaupun kontrak pemain tersebut hanya akan berakhir pada 2023.

Namun begitu, disebabkan rekod kecederaan yang teruk hinggakan Ramos sering terlepas aksi penting termasuk saingan UEFA Champions League, pengurusan PSG berasa elok saja kontrak pemain itu ditamatkan.

PSG jelas sekali kecewa dengan situasi tersebut kerana mereka berharap dengan kehadiran Ramos serta kualiti yang ada padanya dapat memberikan impak kepada pasukan.

Sebaliknya, PSG hanya ‘menghabiskan boreh’ kerana tidak dapat menyaksikan aksi Ramos yang tercedera.

Masih belum mengalah

Sungguh pun begitu, Ramos yang kini berusia 36 tahun dilihat masih belum mahu mengalah.

Beliau masih lagi mahu mempertahan kedudukannya sebagai pemain PSG sekurang-kurangnya sehingga tamat kontraknya pada 2023.

Ramos dilihat mahu mencabar semula kedudukan dan meraih kepercayaan pengurusan tertinggi PSG yang kelab itu tidak membazir kerana menggajikan beliau.

Namun dengan baki musim yang kini semakin hampir dengan penamatnya, boleh dikatakan sukar peluang untuk Ramos mencuri hati pengurusan PSG dan cuba kekal untuk musim hadapan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN