Selain Haqimi, Siapa Lagi Layak Isi Posisi Utama Serangan Malaysia?

Ketika ini teka teki timbul dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia mengenai pemain mana yang bakal mengisi kekosongan di posisi utama serangan negara.

Terdahulu, Malaysia tampil serba tempang selepas mereka kehilangan penyerang utama iaitu Darren Lok serta Syafiq Ahmad selepas kedua itu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan selepas nama mereka dipilih.

Sebelum itu juga, penyerang naturalisasi kebangsaan iaitu Romel Morales juga tidak dapat disenaraikan lebih awal kerana pemain tersebut turut mengalami kecederaan tidak dapat dielakkan.

Disebabkan itu, hanya nama Haqimi Azim sahaja dilihat sebagai penyerang tulen dimiliki Kim bersama Harimau Malaya kini bagi menghadapi dua aksi kelayakan akan datang.

Penyerang muda Kuala Lumpur City (KL City) itu dianggap sebagai pilihan utama kini buat skuad kebangsaan kerana kemampuan beliau sudah pun dibuktikan sejak beberapa aksi lalu di pentas antarabangsa.

Walaupun begitu, kami turut melihat beberapa lagi pemain lain di kem kebangsaan memiliki keupayaan untuk diletakkan Kim sebagai penyerang utama mengikut situasi dan pelan taktikal.

Safawi Rasid

Safawi secara dominannya beraksi selaku pemain sayap kanan dan nama beliau dikenali ramai sebelum ini kerana keupayaan tinggi dirinya untuk membuat gelecekan bagi mengatasi lawan.

Namun, Safawi juga boleh berperanan selaku pemain tengah menyerang dan pernah digunakan oleh Kim sebanyak beberapa kali bagi aksi di pentas antarabangsa.

Maka, ada kemungkinan nama pemain Terengganu ini turut tersenarai untuk diletakkan selaku penyerang utama Malaysia pada aksi akan datang kerana Safawi jelas memiliki kualiti rembatan deras serta tepat, kekuatan fizikal, selain bijak meletakkan diri di posisi terbaik untuk menerima bola.

Paulo Josue

Calon pilihan utama kini selain Haqimi Azim untuk disenaraikan selaku penyerang utama Malaysia bagi berdepan cabaran Kyrgyzstan serta Taiwan menerusi pengalaman serta kualiti dimiliki.

Tonggak naturalisasi dari Brazil ini secara asasnya merupakan perancang utama pasukan serta lebih banyak bertindak selaku pemain tengah menyerang ketika bersama KL City sebelum itu.

Malah rekod turut menyaksikan Josue pernah diletakkan selaku penyerang utama buat Harimau Malaya serta dirinya kini sudah pun meledak empat gol bersama satu bantuan jaringan daripada 13 perlawanan dihadapi.

Engku Shakir

Pemain baharu dipanggil oleh Kim untuk menyertai kem kebangsaan selepas tampil cemerlang pada tahun lalu bersama Terengganu di pentas domestik serta antarabangsa.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, anak jati Terengganu ini telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 22 perlawanan secara keseluruhan di saingan domestik serta menghasilkan enam gol bersama tujuh bantuan jaringan.

Tampil dengan ketajaman serta kreatif mencari rakan sepasukan lain untuk membantu mereka mendapatkan gol, Engku Shakir sebenarnya boleh dianggap sebagai antara pilihan tepat buat Kim bersama pasukan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN