10 Pemain Bola Sepak Hampir Hilang Segalanya Selepas Bercerai

Pemain bola sepak terkenal juga tidak terlepas daripada isu rumah tangga sehingga menyaksikan banyak di antara mereka telah pun bercerai akibat pelbagai masalah dihadapi.

Atas kertas mungkin proses perceraian itu dianggap mudah dan selesai begitu sahaja, namun ia mampu memberi mimpi buruk khususnya buat mereka yang bergelar lelaki di Eropah atas tindakan undang-undang.

Malah, ada pemain yang dahulunya berjaya dan mempunyai pendapatan besar di Eropah kini turut kehilangan segalanya selepas berpisah dengan bekas pasangan masing-masing.

Artikel kali ini jelas merupakan pengajaran yang mungkin kita boleh lihat apabila proses perceraian di luar negara boleh menjadi suatu mimpi buruk terutama sekali membabitkan benua Eropah.

Berikut merupakan 10 bekas pemain bola sepak yang hampir kehilangan segalanya setelah berpisah bersama pasangan masing-masing.

Emmanuel Eboue

Bekas pertahanan Arsenal ini dilaporkan hilang hak penjagaan anak-anak serta keseluruhan hartanya selepas perceraian beliau bersama isterinya.

Namun ada laporan lain menyatakan Eboue sebenarnya masih mempunyai harta lain selepas hampir segalanya diberikan buat bekas isterinya itu.

Thierry Henry

Bekas bintang handalan Arsenal di England suatu ketika ini terpaksa membayar €10 juta kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai dan Henry mengakui beliau mengalami masalah mental pada musim pertama bersama Barcelona.

Ryan Giggs

Legenda Manchester United ini pula perlu membayar £40 juta kepada bekas pasangannya selepas mereka sah bercerai.

Louis Saha

Legenda Manchester United ini kehilangan hampir separuh daripada harta miliknya kepada bekas isteri selepas mereka berpisah.

Tendai Ndoro

Bekas penyerang kebangsaan Zimbabwe ini kehilangan semua harta miliknya kepada bekas isteri selepas berpisah.

Ini kerana beliau menandatangani semua harta miliknya sebelum itu atas nama bekas isterinya. Sangat malang!

Wes Brown

Bekas pemain kebangsaan England ini diumumkan muflis setahun selepas perceraiannya bersama bekas isteri walaupun pernah menerima gaji sebanyak £50,000 seminggu terdahulu bersama Manchester United.

David James

Kehilangan segalanya selepas diceraikan isterinya sehingga James terpaksa melelongkan harta peribadinya untuk mendapatkan sumber kewangan kembali.

Jamie Redknap

Isteri beliau menerima sebahagian besar daripada hartanya yang dianggarkan bernilai €15 juta selepas mereka berpisah.

Ashley Cole

Perlu membayar isterinya Cheryl Cole sebanyak £3.5 juta serta meningkat kepada $4.9 juta setelah mereka sah bercerai.

Steven Gerrard

Bekas pemain Liverpool ini telah membayar bekas isterinya sebanyak £2 juta dan meningkat kepada $2.8 juta setelah mereka menyelesaikan urusan perceraian.

Namun kenyataan itu dikatakan palsu apabila Gerrard sehingga kini masih lagi dilaporkan bahagia bersama isterinya dan menetap di Manama.

Kredit foto: Kuame Oliver

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN