Selain Barcelona, Inilah 5 Pasukan Lain Yang Tersangkut Isu Peraturan Gaji La Liga

La Liga

Isu yang menyelubungi Barcelona ketika ini telah membuka mata ramai pihak mengenai peraturan kewangan La Liga.

Apa yang kelihatan dengan jelas sekarang adalah La Liga begitu tegas dengan peraturan gaji siling mereka atau salary cap.

Oleh kerana ketegasan itu, Barcelona masih gagal untuk mendaftarkan bintang-bintang baharu mereka seperti Sergio Aguero, Eric Garcia dan Memphis Depay.

Malah, mereka juga gagal menyelesaikan kemelut melibatkan Lionel Messi yang menyebabkan pemain itu akhirnya dilepaskan ke Paris Saint-Germain (PSG).

Tetapi tahukah anda yang selain Barcelona, terdapat pasukan lain yang turut mengalami masalah yang sama akibat peraturan gaji siling ini?

Menurut MARCA, terdapat lima lagi pasukan lain yang gagal mendaftarkan pemain baharu mereka akibat peraturan ketat La Liga itu.

Mereka adalah Alaves, Real Betis, Celta Vigo, Valencia dan Levante.

Setakat 10 Ogos 2021, kesemua enam pasukan (termasuk Barcelona) yang disebutkan masih gagal untuk mendaftarkan pemain baharu mereka untuk musim baharu.

Dengan sepak mula liga semakin hampir, jika pemain-pemain ini semua tidak dapat didaftarkan ianya akan memberikan kesan buruk kepada enam pasukan tersebut.

Antara pemain-pemain yang belum boleh didaftarkan adalah Roberto Soldado (Levante), Rui Silva (Real Betis), Javi Galan (Celta Vigo) dan beberapa lagi pemain lain.

Sebelum ini, terdapat beberapa pasukan lain yang mengalami masalah yang sama seperti Real Mallorca, Cadiz, Osasuna, Getafe, Elche dan Espanyol tetapi mereka semua berjaya mengatasi perkara tersebut.

Manakala pasukan-pasukan utama lain seperti Real Madrid dan Atletico Madrid tiada masalah dalam mendaftarkan David Alaba dan Rodrigo De Paul.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN