Cemburu Tengok Messi Ke PSG, Jose Fonte Mahu Ajak Ronaldo Sertai Lille

Cristiano Ronaldo

Barangkali dilihat cemburu dengan pesaing mereka mampu membawa nama-nama besar, ketua pasukan Lille iaitu Jose Fonte mahu mengajak rakan sepasukannya di Portugal menyertai mereka.

Bukan Diogo Jota atau Bernardo Silva yang mahu diajaknya tetapi Cristiano Ronaldo!

Bekas pemain Southampton itu berseloroh mahu mengajak pesaing terhebat Messi itu ke Perancis untuk menguatkan lagi pasukannya.

Namun, setiap kali Fonte mengajak Ronaldo hanya gelak ketawa sahaja yang diperolehnya.

“Ianya mengujakan [kehadiran Messi ke Ligue 1]. Jelas sekali dari segi pesaing ianya akan semakin sukar tetapi kami tetap akan sahut cabaran.”

“Saya setiap hari ada mesej Cristiano Ronaldo untuk ajak beliau ke Lille tapi beliau cuma gelak sahaja,” kata Fonte menerusi talkSport.

Ligue 1 double standard?

Namun dalam nada serius, Fonte berasakan yang Ligue 1 sepertinya mengamalkan sikap pilih kasih di dalam pengurusan liga mereka.

Hal ini kerana, Fonte mengatakan yang setiap pasukan mempunyai had perbelanjaan mereka dan bukannya boleh membeli pemain sesuka hati.

Tetapi apabila ianya melibatkan Paris Saint-Germain (PSG), semuanya seperti ‘tutup mata’ sahaja.

“Saya cuma nak faham peraturan kewangan yang diamalkan di sini sahaja.”

“Semua kelab di sini dihadkan perbelanjaan mereka. Mereka tidak boleh beli ramai pemain, mereka tidak boleh berikan gaji yang besar kepada pemain tetapi bila libatkan PSG semuanya macam tak ada undang-undang untuk mereka.”

Fonte mengatakan yang pasukannya terpaksa berbelanja secara berhemah akibat kekangan kewangan, malah ada yang terpaksa potong gaji.

Walaupun kehadiran Messi menjadikan trio serangan PSG yang ditunjangi pemain itu bersama-sama Neymar dan Kylian Mbappe akan menjadikan Ligue 1 lebih menarik, tetapi ianya tidak adil kepada pasukan lain.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN