Sekiranya Khidmat Diperlukan, Saya Sedia Sarung Jersi Skuad Senior Kebangsaan – N.Thanabalan

N.Thanabalan

Selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan ketika saingan Kelayakan Kejohanan AFC B-23 2018 di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, N.Thanabalan tidak menolak kemungkinan untuk membarisi skuad senior kebangsaan sekiranya diberikan peluang oleh pengendali skuad negara, Nelo Vingada.

Nama pemain berusia 22 tahun yang beraksi bersama Felcra United dalam saingan Liga FAM itu kini meniti di bibir para peminat bola sepak negara khususnya apabila sentuhan bermakna yang dipamerkan berjaya membantu skuad negara layak ke perlawanan akhir Sukan SEA 2017.

N.Thanabalan sebelum itu  berjaya membantu skuad B-23 tahun negara melayakkan diri ke Kejohanan AFC B-23 2018 yang akan berlangsung awal tahun hadapan.

“Sebagai pemain bola sepak, tentunya impian saya ingin menyarung jersi pasukan senior. Apapun, itu terpulang kepada jurulatih (Vingada). Sekiranya khidmat saya diperlukan, saya sedia mencuba walaupun baru saja berakhir saingan Sukan SEA,” katanya kepada wartawan Berita Harian.

N.Thanabalan
Detik Thanabalan menghasilkan gol kemenangan yang membawa skuad negara ke perlawanan akhir Sukan SEA 2017.

Beliau yang bijak menghidu peluang di hadapan gol berjaya menghasilkan 4 jaringan buat skuad B-23 tahun negara di temasya dwitahunan tersebut sehinggakan digelar dengan beberapa nama pemain antarabangsa yang mempunyai ciri-ciri seperti aksi beliau, antaranya Fillipo Inzaghi dan Ruud Van Nistelrooy.

Aksi yang dipamerkan Thanabalan boleh disifatkan sebagai sering berada di tempat dan masa yang tepat.

Bercakap mengenai gelaran tersebut, Thanabalan ternyata tidak kisah dengan apa sahaja gelaran yang diberikan malahan perkara tersebut diambil secara positif oleh beliau.

“Perkara yang saya selalu fikirkan ketika beraksi cuma satu, iaitu bagaimana untuk pastikan pasukan menang tidak kira saya jaringkan gol atau rakan sepasukan lain,” ujar N.Thanabalan lagi.

Dalam perkembangan lain, skuad senior kebangsaan kini dalam persiapan bagi menghadapi  perlawanan kedua Kumpulan B kelayakan Piala AFC 2019 yang dijadualkan akan menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Selasa ini.

Sumber :

Berita Harian (Firdaus Hashim) – https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/09/320506/thanabalan-sedia-sahut-panggilan-vingada#cxrecs_s

Kredit foto : ESPN FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN