Sekilas Liga M3: Melaka Jadi Pasukan Seterusnya Kecewakan SAINS

Liga M3
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Saingan Liga M3 pada minggu lalu berlangsung dengan lima perlawanan diadakan dalam misi mencari tiga mata.

Beberapa keputusan menarik telah dihasilkan dalam aksi pada minggu lalu dengan kemenangan memihak Kuala Lumpur Rovers, Armed Forces dan juga Melaka.

KL Rovers yang menamatkan saingan musim pertama tanpa sebarang kekalahan meneruskan rekod tersebut apabila berjaya menepis cabaran oleh Malaysia Unversity.

Beraksi di laman sendiri, KL Rovers tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Malaysia University apabila jaringan tunggal Amer Saidin pada minit ke-57 sudah cukup memberikan mereka tiga mata.

Sementara bagi Armed Forces dan Melaka, kedua-duanya berjaya merakam kemenangan apabila menewaskan lawan-lawan jauh dari laman sendiri.

Armed Forces menewaskan Perlis United di Jitra dengan gol daripada Venice Elphi dan Hairl Iqmal pada separuh masa kedua cukup untuk mematahkan hati tuan rumah.

Sementara Melaka pula memperoleh kemenangan penting apabila menewaskan SAINS di Paroi dalam aksi sengit yang berakhir dengan keputusan 3-2.

Lima yang terhasil kesemuanya adalah ketika separuh masa kedua apabila M. Youwarasan meletakkan Melaka di depan sebelum Norzaiful menyamakan kedudukan untuk SAINS.

Melaka kemudiannya menambah dua gol menerusi jaringan berganda Fakrul Aiman pada minit ke-59 dan minit ke-75.

SAINS cuba mencabar namun gol oleh Dzaiddin pada masa kecederaan separuh masa kedua sudah terlambat untuk tuan rumah memperoleh sekurang-kurangnya satu mata.

Berikut merupakan baki dua lagi keputusan Liga M3 pada minggu lalu:

  • Sarawak United 0-2 Harini (Fikri Shah 14′, K. Prabakaran 43′)
  • PIB 0-0 Manjung City

Kelompok pendahulu mula berpecah

Selepas 14 perlawanan, kelompok pendahulu sudah mula berpecah apabila KL Rovers dan Harini sudah mula menjauhkan diri daripada pasukan-pasukan lain.

Dikala dua pasukan tersebut hanya dipisahkan oleh tiga mata, jarak antara Harini dengan pasukan ditangga ketiga iaitu Imigresen adalah tujuh mata – dengan Imigresen beraksi kurang satu perlawanan.

Kedudukan SAINS ditangga kelima hinggalah Manjung di kedudukan kesembilan tidaklah begitu jauh apabila kesemuanya dipisahkan dengan tiga mata.

Naga Ultimate kekal tanpa sebarang mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN