Sekilas Liga M3: 2 Gol De Paula Tak Cukup Berikan Melaka 3 Mata

Liga M3

Saingan Liga M3 memasuki minggu kedua dengan selepas dua perlawanan, Melaka masih lagi gagal meraih kemenangan.

Walaupun dibarisi bekas penyerang kebangsaan, Guilherme De Paula, Melaka masih belum mampu mencari kemenangan pertama mereka.

Berdepan dengan pasukan pilihan iaitu Harini, De Paula berjaya menonjolkan ketajaman penyudahnya apabila menghasilkan dua gol dalam perlawanan melibatkan kedua-dua kelab.

Jaringan pertama beliau hadir pada minit ke-50 perlawanan selepas meletakkan Melaka kembali di depan.

Sebelum gol itu, Melaka mendahului menerusi Farid Khazali tetapi jaringan disamakan oleh N. Thanabalan sebelum rehat.

Jaringan pertama De Paula itu kemudiannya disamakan oleh D. Kugan pula empat minit berselang, sebelum beliau meledak sekali lagi pada minit ke-61.

Seakan tiga mata sah menjadi milik Melaka, muncul Nasir Basharuddin untuk menghampakan mereka.

Gol daripada bekas kapten Perak pada minit ke-90+2 meranapkan impian Melaka untuk meraih kemenangan sulung.

Aksi melibatkan Harini dan Melaka bukanlah satu-satunya perlawanan yang terhasil dengan jaringan besar.

Dalam aksi berlainan, Malaysia University merakamkan kemenangan teramat besar apabila menewaskan Naga Ultimate 10-1 di tempat lawan.

Separuh daripada gol Malaysia University disumbangkan oleh dua pemain iaitu Zharief Nazhan dan Alief Najmi.

Zharief mencatatkan jaringan berganda sementara Najmi menghasilkan hatrik  yang pertama dalam musim Liga M3 kali ini.

Lima lagi jaringan dihasilkan oleh pemain-pemain berbeza. Syahir Rahman, Saiful Iskandar, Zulkarnain Nasir, Aqil Hakimi dan Nazrin Aiman mencatat nama selaku penjaring.

Gol tunggal Ultimate dihasilkan oleh Fadli Halim.

Sementara itu, Sarawak United terus kempunan mencari tiga mata apabila kalah pula kepada Bukit Tambun.

Dua jaringan oleh Syukur Saidin sudah cukup memastikan wakil Borneo itu terus kecewa tanpa sebarang mata.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain bagi aksi kedua Liga M3:

  • Manjung City 0-2 BRM Kuala Kangsar (Faiz Hanif 40′, Nuriqmal 50′)
  • PIB Shah Alam 0-1 SAINS (Fikri Rahim 27′)
  • Perlis United 0-1 Kuala Lumpur Rovers (Fahmi Sabri 60′)
  • Imigresen 1-1 Armed Forces (Ferris Daniel 14’/Hairul Iqmal 13′)

Sudah mula ketinggalan

Selepas dua perlawanan, beberapa pasukan sudah mula menjarakkan diri dengan kelab-kelab lain seperti KL Rovers, Bukit Tambun dan SAINS yang cemerlang mengekalkan rekod 100% kemenangan.

Harini dan Imigresen masih lagi mengekori rapat tetapi bagi Melaka, Perlis United, PIB dan Manjung, jarak lima mata dengan kelompok pendahulu sudah mula sukar buat mereka untuk mengejar.

Sarawak dan Ultimate masih kekal tiada sebarang mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN