Sejarah UCL Dan Kelab EPL, Mampukah Kelab Inggeris Bergelar Juara?

Kejayaan sehingga 5 kelab Inggeris melayakkan diri sebagai 16 pasukan terbaik, merupakan rekod baru yang dicipta oleh wakil England dalam sejarah pertandingan UEFA Champion League (UCL).

Adakah ini tanda kebangkitan kelab Inggeris dalam pertandingan eropah? Manchester United vs Sevilla, Manchester City vs Basel, Chelsea vs Barcelona, Liverpool vs Porto dan Tottenham Hotspur vs Juventus.

Chelsea dan Tottenham jelas mempunyai lawan yang lebih sukar berbanding 3 kelab Inggeris yang lain. Demikianlah undian peringkat 16 pasukan terakhir menuju saingan kalah mati yang diadakan semalam.

Kita masih mempunyai tempoh untuk menganalisa peluang setiap kelab menjelang pusingan kalah mati pada Februari akan datang.

Banyak faktor perlu diambil kira seperti kecederaan dan kecergasan semasa pemain, prestasi semasa, dan juga keutamaan domestik yang boleh mempengaruhi saingan.

Namun bagaimanakah prestasi kelab Inggeris pada kali terakhir setiap dari mereka layak sehingga ke peringkat ini?

1. UCL 2004-05: Malam keajaiban di Istanbul

Malam keajaiban di Istanbul. Peristiwa ini tidak akan pernah dilupakan bagi peminat bolasepak Inggeris khususnya oleh penyokong Liverpool.

Liverpool tampil selaku juara UCL; kejuaraan ke-5 di pertandingan eropah bagi kelab Merseyside ini.

Liverpool layak ke pentas akhir bersama AC Milan yang diadakan di Stadium Olympic Ataturk, Istanbul, Turki. AC Milan bermula garang apabila mendahului perlawanan  dengan jaringan 3-0 pada separuh masa pertama.

Bagi Liverpool, perlawanan akhir hanya bermula pada babak kedua perlawanan. Liverpool yang ketika itu dibimbing oleh Rafael Benitez kembali mengejar AC Milan melalui jaringan pertama mereka menerusi kapten pasukan, Steven Gerrard pada minit ke-54.

Liverpool akhirnya berjaya mengikat  kedudukan  3-3 sebelum wisel penamat tamat sebelum perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, seterusnya kepada penentuan sepakan penalti.

Pada musim tersebut, selain daripada Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester United turut berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik.

Chelsea mara sehingga ke separuh akhir sebelum disingkirkan Liverpool dengan agregat 1-0.

(Photo by Rebecca Naden – PA Images/PA Images via Getty Images)

2. UCL 2006-07: 3 kelab Inggeris ke semifinal, Liverpool tewas di final

Bukan tugas mudah bagi Chelsea selepas mereka diundi bersama Barcelona, Werder Bremen dan Levski Sofia di dalam Kumpulan A pada peringkat kumpulan.

Barcelona dan Werder Bremen adalah pesaing utama bagi Chelsea untuk ke peringkat kalah mati. Namun demikian, Chelsea berjaya menjuarai peringkat kumpulan, dan diiringi oleh Barcelona untuk layak ke peringkat seterusnya.

Perjalanan Liverpool, Manchester United dan Arsenal juga mudah turut menjadi juara kumpulan masing-masing. Keempat-empat pasukan Inggeris layak ke peringkat 16 pasukan terbaik.

Malang bagi skuad Arsene Wenger, mereka gagal melangkah ke peringkat suku akhir selepas tewas keatas PSV Eindhoven dengan agregat 2-1.

Liverpool, Chelsea dan Manchester United kemudiannya sehingga ke peringkat separuh akhir.

Liverpool menghampakan skuad Jose Mourinho selepas berjaya menewaskan Chelsea melalui penentuan sepakan penalt,i selepas kedua-dua pasukan terikat secara agregat 1-1 untuk ke perlawanan akhir.

AC Milan menggalas maruah bola sepak Itali di pentas Eropah. Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu tampil dengan penuh bergaya menewaskan Manchester United di peringkat separuh akhir dan berjaya merangkul kejuaraan UEFA Champion League bagi musim 2006/07 di San Siro.

Kejayaan AC Milan tersebut, sekaligus membalas dendam atas kegagalan mereka di Istanbul, 2 musim sebelum itu ke atas Liverpool.

(Photo by Peter Byrne – PA Images/PA Images via Getty Images)

3. UCL 2007-08: Tiga kelab EPL di separuh akhir; Manchester United juarai ‘All English Finale’

Pada musim ini, kelab-kelab Inggeris menunjukkan dominasi apabila semua daripada mereka melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik. Arsenal dan Liverpool masing-masing layak dengan status selaku naib juara kumpulan A dan H.

Manakala Manchester United dan Chelsea juara kumpulan B dan F. Keempat-empat kelab Inggeris berkenaan turut berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Arsenal satu-satu pasukan yang gagal mengikut jejak Manchesetr United, Liverpool dan Chelsea ke peringkat separuh akhir apabila tewas kepada Liverpool dengan  agreegat 5-3.

Diperingkat separuh akhir, Manchester United diundi bertemu Barcelona manakala Liverpool bertemu Chelsea.

Manchester United berjaya menewaskan Barcelona dengan agregat 1-0 dan Chelsea berjaya menewaskan Liverpool agregat 4-3 sekaligus meletakkan The Blues layak ke perlawanan akhir UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab berkenaan.

Musim 2007-08 adalah yang  terbaik bagi kelab Inggeris di UCL. Dua pasukan Inggeris t berjaya ke perlawanan akhir iaitu Chelsea dan Manchester United yang diadakan di Moscow, Russia.

Kegagalan Manchester United sejak tahun 2000 untuk merangkul kejuaraan berprestij Eropah akhirnya berjaya dilaksanakan selepas dinobatkan juara eropah musim 2007-08.

Manchester United berjaya menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan kekal terikat 1-1 melangkaui masa tambahan yang diberikan pengadil.

(Photo by Pressefoto Ulmerullstein bild via Getty Images)

4. UCL 2008-09: Manchester United gagal ulangi kejayaan di Moscow 

Pada musim 2007/08, Manchester City mendapat suntikan dana dari pemilik baru mereka dari Arab dan prestasi semakin meningkat naik dari Tottenham Hotspur menjadikan Liga Inggeris semakin mencabar.

Beberapa pasukan Inggeris bersaing hebat untuk bergear empat pasukan terbaik di EPL bagi melayakkan diri ke pertandingan UCL pada musim 2008-09.

Walau bagaimanapun, Chelsea, Liverpool, Arsenal dan Manchester United masih unggul mewakili England dalam pertandingan tersebut.

Chelsea diundi berada di kumpulan A bersama AS Roma, Bordeaux dan CFR Cluj. Chelsea tewas sekali dan seri dua perlawanan bagi meletakkan mereka berada di tempat kedua dibawah AS Roma.

Begitu juga Arsenal yang berada ditangga kedua kumpulan G dibawah FC Porto dengan hanya dibezakan 1 mata. Manakala Liverpool dan Manchester United tidak mengalami sebarang kekalahan di peringkat kumpulan.

UEFA Champion League 2008/09 membawa kehebatan luar biasa pasukan dari England apabila Chelsea, Arsenal dan Manchester United. Chelsea diundi bertemu Barcelona manakala Arsenal bertemu Manchester United.

Manchester United sekali lagi berjaya mara ke perlawanan akhir selepas berjaya melakukanya pada musim lalu.

Tetapi hasrat skuad Sir Alex Ferguson untuk merangkul kejuaraan kali kedua secara berturut-turut tidak kesampaian selepas  tewas di pentas akhir UCL kepada Barcelona dengan keputusan 2-0.

The Manchester United players stand dejected as they wait to go up to recieve their runners up medals (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

5. UCL 2010-11: United tewas di tangan Barcelona

Ketiadaan Liverpool dalam kejohanan musim 2010/11, tidak membawa maksud pasukan dari England gagal di pentas Eropah pada musim tersebut.

Tottenham Hotspur hadir dengan kekuatan sendiri mengantikan tempat The Reds dalam cabaran UEFA Champion League bagi musim 2010/11.

Tottenham yang dikendalikan Harry Redknapp ketika itu tampil dengan penuh bergaya bersama beberapa pemain seperti Gareth Bale dan Luka Modrid.

Spurs telah berjaya mengejutkan pasukan kumpulan A selepas menjadi juara kumpulan di atas Inter Milan dengan hanya dibezakan 1 mata dihadapan. Tottenham diundi bersama Inter Milan, Wender Bremen dan Twente.

Sementara dalam kumpulan C, Manchester United unggul menjuarai peringkat kumpulan selepas memenangi kesemua perlawanan diantara Valencia, Rangers dan Busaspor.

Chelsea juga tidak mempunyai sebarang masalah selepas diundi bersama Marseille, Sparta Moscow dan Zilina. The Blues muncul sebagai juara kumpulan dan layak ke peringkat 16 pasukan terbaik bersama Marseille.

Tetapi lain pula ceritanya bagi Arsenal dalam kumpulan H. Arsenal bergelut untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya selepas diundi bersama Shakhtar Donetsk, Braga dan Partizan Belgrade.

Arsenal menerima 2 kekalahan dalam peringkat kumpulan. Bertemu Shakhtar Donestsk, Arsenal tewas dengan keputusan 2-1 dan tewas keatas Braga 2-0. Meskipun begitu, Arsenal layak bersama Shakhtar Donestk keperingkat seterusnya.

Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspurs gagal membawa nama Inggeris ke peringkat seterusnya. Mereka tewas pada peringkat suku akhir kejohanan.

Manakala, Manchester United telah berjaya mara hingga ke peringkat akhir sebelum tewas kepada Barcelona 1-3 yang diadakan di Stadium Wembley, England.

Barcelona players (R) celebrate as Manchester United’s Wayne Rooney (L) walks past following Barcelona’s 3-1 victory during the UEFA Champions League final football match on May 28, 2011 at Wembley stadium in London. AFP PHOTO / FRANCK FIFE (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

6. UCL 2013-14: Hanya Chelsea ke separuh akhir

Prestasi Manchester City semakin menyerlah sejak 3 musim terakhir di saingan eropah. City berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 terbaik kejohanan bersama Manchester United, Chelsea dan Arsenal.

Namun, perjalanan Manchester City di peringkat kumpulan tidak semudah seteru sebandar mereka iaitu Manchester United yang melayakkan diri bersama Bayern Leverkusen.

Manchester United tidak tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan  untuk mara selaku juara kumpulan A.

Bagi City, mereka  berdepan tugas sukar apabila diundi bersama Bayern Munich, Viktoria Plzen dan CSKA dalam kumpulan D.

Manchester City dan Bayern Munich bersaing merebut gelaran juara kumpulan D. Kedua-dua pasukan itu menang 5 perlawanan dan 1 kalah. Bayern Munich akhirnya menjuarai kumpulan tersebut dengan kelebihan jaringan gol.

Nasib sama juga dialami skuad kendalian Arsene Wenger. Arsenal diundi bersama Borussia Dortmund, Napoli dan Marseille.

Borussia Dortmund adalah pesaing utama Arsenal untuk menjuarai kumpulan F setelah kedua-dua  masing-masing mencatat 4 kemenangan dan 2 kekalahan. Arsenal terpaksa akur akan kelebihan gol dimiliki Dortmund untuk akhirnya mara sebagai naib juara kumpulan.

Chelsea pula diundi berada di kumpulan E bersama Schalke 04, FC Basel dan Steaua Bucuresti. Chelsea layak ke peringkat 16 pasukan dengan menjuarai kumpulan E diikuti Schalke 04 selaku tempat ke-2 dengan hanya dibezakan 2 mata.

Arsenal dan Manchester City hanya mara sebagai 16 pasukan terakhir, manakala Manchester United tewas di peringkat suku akhir kepada Bayern Munich.

Hanya Chelsea satu-satunya pasukan Inggeris yang berjaya melayakan diri sehingga peringkat separuh akhir sebelum ditewaskan Atletico Madrid dengan agregat 3-1.

Chelsea line up before the game (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Rumusan

Apakah peluang kelab Inggeris untuk tampil juara EPL 2017/18? Kelab manakah yang berpotensi tampil ke NSC Olimpiyskiy Stadium in Kiev, Ukraine berdasarkan undian awal yang dikeluarkan semalam?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN