Video: Saksikan Cara Shakhtar Donestk Bina Serangan Dari Bawah

Paulo Fonseca antara pengurus yang berfalsafah bola sepak moden. Beliau berjaya membentuk corak permainan bola sepak yang menarik di dalam pasukan Shakhtar Donestk.

Diletakkan sekumpulan dengan Manchester City dan Napoli, Donestk tetap cuba untuk bermain bola sepak cara mereka.

Ini adalah analisis saya sebelum ini tentang pasukan ini ketika mereka cuba melepasi blok ‘counter-pressing’ Manchester City.

Anda boleh saksikan di bawah ini cara mereka cuba mengekalkan aliran bola rendah dengan membina gerakan daripada blok rendah.

Ianya gabungan kesabaran dalam mengekalkan penguasaan bola, kemampuan dalam mencipta dan membuka ruang dan kualiti teknikal individu.

Jika beliau mampu menghadirkan lebih kejutan selepas ini, Paulo Fonseca mungkin akan menjadi sasaran kelab seperti Borussia Dortmund. Siapa tahu?

Sebelum ini beliau dilaporkan ditawarkan gaji jauh lebih lumayan di Everton untuk menggantikan Ronald Koeman, tetapi beliau menolak kerana beliau mahu menyelesaikan misi musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN