Sejarah Ringkas Peraturan Ejen Bebas Ataupun Bosman Dalam Bola Sepak

Bosman Ruling ataupun Peraturan juga dikenali dengan ejen bebas. Ia merujuk kepada pemain yang boleh menggunakan kuasa mereka untuk bercakap dengan mana-mana kelab pada 6 bulan terakhir kontrak mereka.

Segalanya bermula apabila Jean-Marc Bosman yang melihat kontraknya akan berakhir pada 1990 dan tidak dilanjutkan. Beliau mahu memastikan masa depannya terjamin dan berminat untuk menyertai Dunkerque, sebuah kelab kecil di Perancis.

Ini selepas kelab tersebut menyatakan minat untuk mendapatkan beliau. Namun peraturan kontrak pemain ketika itu menghalang Bosman untuk berbincang atau pergi ke kelab tersebut selagi-lagi kontrak beliau masih ada dengan FC Leige.

Beliau ketika itu bermain dengan pasukan muda telah diberikan kontrak pasukan utama dengan gaji beliau dipotong 75% kerana mencabar peraturan kontrak beliau sebelum ini.

FC Leige juga menyatakan yang mereka masih berhak meminta bayaran perpindahan untuk Bosman. Akibat merasakan dirinya dizalimi oleh peraturan yang berat sebelah Bosman telah membawa kes ini ke mahkamah.

Namun ia mengambil masa 5 tahun untuk kes ini diselesaikan dan Jean-Marc Bosman menang dalam kes itu. Daripada itulah bermulanya peraturan ejen bebas yang dikenali dengan Bosman Rule, merujuk kepada kes pertama seumpamanya.

Kemenangan Bosman di mahkamah ketika itu dianggap sebagai salah satu peristiwa paling bersejarah dalam sukan dunia.
Selepas itu, badan bola sepak UEFA menetapkan pemain yang tertakluk kepada peraturan Bosman adalah:

1. Tidak ada yuran perpindahan dikenakan untuk pemain yang akan pergi selepas kontrak tamat. Sebelum itu, kelab boleh meminta bayaran pampasan dan juga menjual pemain ke kelab lain.

2. Kelab tidak berhak menghalang pemain untuk mendapatkan kontrak dengan pasukan lain dan kelab juga tidak berhak meminta sebarang pampasan daripada perpindahan pemain ataupun gaji pemain.

3. Kelab di Eropah diberikan kebebasan untuk memiliki pemain-pemain daripada negara Eropah (EU) yang lain. Selepas inilah kelab-kelab di Eropah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan ramai pemain dari negara EU.

Pada hari ini, pemain yang masih berbaki kontrak selama 6 bulan terakhir sudah boleh bercakap dengan mana-mana kelab lain untuk potensi bermain dengan mereka pada musim baru.

(Photo credit: THOMAS SAMSON/AFP/Getty Images)

Namun ada juga kelab yang akan menebus pemain yang masih berbaki 6 bulan kontrak ini dengan harga yang tinggi kerana takut akan kehilangan pemain ini kepada pasukan lain.

Itulah kisah seorang lelaki yang tidak begitu dikenali sebaga pemain bola sepak tetapi namanya lebih dikenali di setiap jendela perpindahan pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN