Piala Super Eropah / UEFA Super Cup satu piala yang menjadi rebutan Juara UCL dan Juara UEL pada musim sebelumnya untuk menandakan bermulanya musim baru dalam kalendar bola sepak Eropah (disebut juga European Night).
Perlawanan ini biasanya diangsungkan pada hari Selasa ataupun Rabu pada pertengahan bulan Ogos. Ini kerana, kalendar Eropah dan FIFA ketika itu adalah kosong dan liga-liga di Eropah masih dalam pra-musim.
Dari 1972 hingga 1999, Piala Super UEFA akan menjadi rebutan di antara juara Piala Eropah (kini UCL) dan pemenang UEFA Winners Cup .
Selepas penyingkiran UEFA Winners Cup dari francais kejohanan UEFA, pertandinga ini mulai diberikan nafas baru dengan mempertemukan Juara UCL dan Juara Piala UEFA (kini digelar UEL sejak 2009).
Sejarah
Pada tahun 1971, seorang wartawan bola sepak dan juga editor De Telegraaf dar Belanda bernama Anton Witkamp (gambar)telah mencetuskan idea ini.
Ianya lebih kepada kerana bola sepak Eropah ketika itu tertumpu kepada Belanda. Dengan kegemilangan Ajax, total football dan apa sahaja tentang bola sepak Belanda dipandang hormat oleh orang Eropah.
Terdapat perbalahan di antara, siapa pasukan terbaik di Eropah? Witkamp mahu satu perlawanan menentukan siapakah pasukan terbaik di Eropah terutama sekali pasukan yang mampu mencabar kehebatan Ajax.
Lalu terciptanya idea untuk mempertemukan juara Piala Eropah berhadapan dengan pemenang Piala Pemenang Piala Eropah (UEFA Cup Winners).
Witkamp pada awalnya tidak mendapat sokongan daripada UEFA dengan idea ini. Presiden UEFA ketika itu enggan mengiktiraf kejohanan ini. Namun Witkamp secara peribadinya mendapat sokongan daripada beberapa kelab Eropah terutama sekali Ajax.
Akhirnya pada tahun 1972, Ajax bertemu dengan Rangers dalam perlawanan Piala Super Eropah pertama namun ia dianggap tidak rasmi oleh UEFA.
Malangnya di dalam perlawanan tersebut, penyokong Rangers membuat kekacauan dalam final tersebut. Lagilah idea ini dikecam oleh UEFA. Ajax menang 6-3 dalam perlawanan yang dilangsungkan secara timbal balik.
Namun begitu, setelah melihat idea kejohanan ini mendapat sokongan dan publisiti yang tinggi di kalangan pengamal media.
UEFA jadikan Piala Super Eropah sebagai kejohanan rasmi
Pada 1973, UEFA mengiktiraf ia menjadi kejohanan rasmi di bawah kalendar rasmi UEFA. Ajax menewaskan AC Milan 6-1 secara aggregate dalam perlawanan rasmi pertama ini.
Pergolakan politik dan masalah jadual yang padat oleh beberapa liga, membuatkan beberapa edisi UEFA Super Cup ini dibatalkan iaitu pada 1984, 1986 dan 1991. Pada tahun 1974, 1981 dan 1985.
Pada 1992, Piala Eropah telah ditukarkan kepada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang akan berhadapan dengan juara UEFA Winners Cup.
Pada musim 1992/1993, Piala Eropah telah dinamakan semula Liga Juara-Juara UEFA dan pemenang pertandingan ini akan menghadapi juara UEFA Winners Cup.
Pada musim 1994/1995, UEFA Winners Cup telah ditukarkan kepada Piala UEFA Cup Winners.
Format timbal balik ini dikekalkan sehinggalah pada 1997, UEFA menukar format kepada satu perlawanan sahaja dan ia dianjurkan di venue pilihan UEFA.
Selepas musim 1998/1999, UEFA Cup Winners telah dihentikan oleh UEFA. Piala Super Eropah pada 1999 adalah yang terakhir dipertandingkan di antara pemenang UCL dengan juara UEFA Cup Winners.
Lazio menewaskan Manchester United dengan jaringan 1-0.
Era moden
Pada tahun 2000, UEFA mewujudkan UEFA Cup yang kini digelar Europa League. Piala Super Eropah kali ini akan menemukan Juara UCL dan Juara UEFA Cup.
Format ini yang kekal digunakan sehingga hari ini. Juara pertama format moden ini adalah Galatasaray yang menewaskan Real Madrid 2-1.
Pada musim 2009/10, Piala UEFA dijenamakan semula dengan Liga UEFA Europa (UEL).
Dalam sejarah pertandingan ini, Chelsea menjadi pasukan pertama yang mara ke kejohanan ini dengan 3 status berbeza sebagai Juara Winners Cup, Juara UCL dan juara UEL.
Rekod ini disamakan oleh Manchester United yang musim lalu mara ke kejohanan ini menerusi tiket UEL. Sebelum ini, United mara ke kejohanan ini dengan tiket UCL dan juga Winners Cup.
Selepas 15 edisi berturut-turut Piala Super Eropah diadakan di Stade Louis II di Monaco dari 1998 dan 2012, dari 2013.
UEFA membuat keputusan untuk menganjurkan kejohanan ini di venue berbeza bermula dari tahun 2013. Ianya bermula di Stadium Eden, Prague, Republik Czech.
Setakat musim 2016/17, Juara terbanyak pertandingan ini adalah Barcelona dan AC Milan dengan 5 Piala Super Eropah di dalam kabinet mereka.
Ini diikuti, Liverpool dan Real Madrid dengan 3 Piala Super Eropah. 4 kelab lagi dengan 2 kejuaraan Piala Super Eropah iaitu, Anderlecth, Valencia, Juventus dan Atletico.
Ajax juga ada 2 namun salah satu daripadanya bukan kejohanan rasmi.
Sumber
1. Wikipedia – https://en.wikipedia.org/wiki/UEFA_Super_Cup
2. UEFA – http://www.uefa.com/uefasupercup/history/index.html