9 Pemain Berbakat Bundesliga Yang Kini Bergelar ‘Free Agent’

1 Julai merupakan hari yang dimana menentukan anda masih bersama kelab yang sama ataupun bersama kelab baru.

Ia juga adalah petanda, adakah anda akan masih membuat kerja sebagai pemain bola sepak ataupun anda akan menganggur? Senarai berikut adalah 9 pemain dari Bundesliga yang masih tidak mempunyai kelab sehingga kini!

Ada kelab yang mahukan mereka?

Dennis Aogo (FC Schalke 04)

Setelah tampil dalam 65 perlawanan liga dalam empat musim bersama FC Schalke, Dennis Aogo masih mencari kelab baru!

Sascha Reither (FC Schalke 04)

Sascha Reither adalah seorang pemain simpanan yang bagus untuk Schalke 04 tetapi malangnya khidmatnya selama 2 tahun dilupakan dengan tidak dijanjikan sebarang kontrak baru pada Jun lalu.

Lebih perti, kontrak beliau bersama kelab tersebut ditamatkan begitu sahaja.

Valmir Sulejmani (Hannover 96)

Sejak kecil pemain berdarah campuran Albania-Jerman ini bermain bersama Hannover 96.

Sulejmani dipinjamkan kepada Union Berlin pada tahun 2015 tetapi untuk musim ini, nama beliau bukan seorang yang menjadi pilihan pengurus Horst Heldt.

Tim Dierβen (Hannover 96)

Nasib beliau sama seperti rakannya, Valmir Sulejmani, juga turut tiada dalam perancangan pengurus mereka.

Baru berusia 21 tahun, ini bukanlah pilihan yang mereka mahukan di awal perjalanan karier mereka.

Ashton Götz (Hamburg SV)

Ashton Goetz bukanlah pemain utama di Bundesliga bersama Hamburg SV tetapi beliau lebih banyak digunakan di liga wilayah untuk pasukan simpanan.

Namun setelah berjaya dinaikkan ke pasukan utama, beliau mempunyai sedikit konflik bersama pengurus Markus Gisdol dan itu menyebabkan beliau tidak lagi disambung kontrak dan terpaksa mencari kelab baharu.

Claudio Pizarro (SV Werder Bremen)

Hampir 2 dekad di Jerman, beliau yang juga digelar sebagai ‘Andes-Bomber’ tidak mendapat sebarang tawaran untuk melanjutkan sebarang kontrak bersama Werder Bremen walaupun beliau masih berminat untuk bersama kelab tersebut.

Beliau juga memegang rekod sebagai pemain asing yang paling banyak menjaringkan gol di Jerman!

Roberto Hilbert (Bayer Leverkusen 04)

Pemain versatil yang boleh bermain di bahagian pertahanan, tengah dan juga pernah mengisi slot sebagai penyerang.

Roberto Hilbert pernah memenangi kejuaraan Bundesliga pada tahun 2006-07 bersama VfB Stuttgart dan kemudian beralih ke Besiktas.

Pada 2013, Bayer Leverkusen pula menandatangani beliau secara percuma. Kini, selepas empat tahun berlalu, beliau dilepaskan oleh kelab tersebut.

Ashkan Dejagah (VfL Wolfsburg)

Pemain kelahiran Iran ini merupakan seorang pemuda yang dibesarkan di Jerman.

Ashkan Dejagah kembali ke Wolfsburg buat kali kedua namun kali ini beliau bukanlah pemain yang seperti ketika beliau bermain di kelab tersebut untuk kali pertama.

Ketika tempoh pertama beliau bersama kelab tersebut, beliau menjadi antara watak penting membawa Wolfsburg menjuarai Bundesliga musim 2008-2009.

Setelah berkelana ke Fulham dan Al Arabi, beliau kembali dan segalanya tampak tidak menjadi buat beliau.

Akhirnya, kontrak Dejagah tidak lagi disambung pengurusan VfL Wolfsburg.

Florian Klein (VfB Stuttgart)

Pemain kebangsaan Austria ini menyertai VfB Stuttgart pada tahun 2014 dari Red Bull Salzburg.

Setelah 3 tahun bersama Stuttgart, beliau membuat keputusan untuk beralih arah dan tidak menyambung sebarang kontrak lanjutan dengan VfB Stuttgart.

Malangnya, masih tiada kelab yang mahukannya sebagai pemain.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan saudara Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia. Hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN