Sejarah Permusuhan Manchester United Dengan Liverpool

Nota editor: Artikel ini merupakan sumbangan Malaysian Reds. Like fanpage Malaysian Reds di Facebook untuk mendapatkan info terkini mengenai pasukan Liverpool.

Muka Alex Ferguson menjadi merah padam. Warna merah di hidungnya nampak lebih ketara berbanding bahagian muka yang lain.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jabatan Psikologi di Universiti St. Andrews, Scotland; wanita lebih mudah tertarik dan jatuh cinta dengan lelaki yang mempunyai wajah kemerah-merahan.

Tapi lain pula ceritanya bagi Alex Ferguson.

Mukanya jadi merah padam kerana pasukan Aberdeen kendaliannya telah dibelasah, dimalukan oleh pasukan Liverpool.

1392216345-Manchester-o

Kadar kelajuan kunyahan gula-gula getah di mulutnya semakin laju berbanding di awal permainan.

Pasukan Liverpool yang dibintangi Kenny Dalglish, Alan Hansen dan Grame Souness ketika itu merupakan antara pasukan terbaik yang pernah wujud dalam sejarah bola sepak Liverpool.

Mereka meratah pasukan Aberdeen kendalian Alex Ferguson tanpa belas kasihan. Aberdeen dihina dan diaibkan 4-0 di Anfield.

Peristiwa ngeri yang berlaku pada tahun 1980 tersebut adalah titik mula kepada kebencian Alex Ferguson pada Liverpool.

Sejak itu, Alex Ferguson berikrar untuk menghancurkan dan membinasakan empayar Liverpool. Empayar yang telah mendominasi bola sepak Eropah berdekad-dekad lamanya.

Dendam Alex Ferguson kepada pemain Scotland di Liverpool

Apabila Alex Ferguson menjadi pengurus pasukan kebangsaan Scotland ketika Piala Dunia 1986 di Mexico, beliau secara kontroversi telah menyingkirkan pemain Soctland yang bermain di Liverpool.

Kenny Dalglish dan Alan Hansen tidak mendapat tempat dalam senarai akhir pemain yang dibawa ke Mexico.

Graeme Souness pula disingkirkan ketika perlawanan akhir di peringkat kumpulan.

Misi menjatuhkan Liverpool bermula

Pada 6 November 1986, Manchester United telah melantik Ferguson sebagai pengurus.

Apabila ditanya mengenai apa yang difikirkan ketika dilantik menjadi pengurus Manchester United, beliau memberitahu:

“My greatest challenge is not what’s happening at the moment, my greatest challenge was knocking Liverpool right off their f***ing perch. And you can print that.”

Terjemahan: “Cabaran terbesar saya bukannya mengurus Manchester United, tetapi menjatuhkan Liverpool dari kedudukan mereka sekarang. Ya, anda (wartawan) boleh cetak apa yang saya cakap tadi.”

Ferguson begitu obses dan berdendam dengan pasukan Liverpool.

Beliau mungkin dianggap tidak profesional oleh pemerhati neutral. Tetapi bagi penyokong Manchester United, nama Ferguson sudah bermain di bibir mereka.

Sejarah permusuhan Manchester United dengan Liverpool

Lebih kurang seabad sebelum itu, pada tahun 1894, sebuah laluan kapal sepanjang 58km yang dipanggil Manchester Ship Canal sedang dibina.

Laluan kapal itu menghubungkan bandar Manchester dengan Lautan Irish.

Pembinaan laluan baru itu membawa impak kepada ekonomi bandar Liverpool. Pelayar tidak perlu lagi berlabuh di perlabuhan Liverpool.

Ekonomi penduduk Liverpool yang rata-ratanya bergantung kepada keaktifan pelabuhan Liverpool semakin terjejas. Ramai yang hilang pekerjaan.

Sebelum itu, Liverpool masyhur dengan kehebatan pelabuhannya yang menjadi laluan utama pedagang dari timur dan barat.

Kapal Titanic yang menjadi simbol kisah cinta Jack dan Rose juga mempunyai kaitan dengan Liverpool.

Masih ingat 8 orang pemuzik (gambar di bawah) di dalam filem Titanic, yang tetap memainkan muzik ketika kapal Titanic sedang tenggelam? Kisah itu memang benar-benar berlaku dan 8 pemuzik tersebut berasal dari Liverpool.

Titanic_orchetra (1)

Latar belakang bandar Liverpool dan Manchester

Ketika Revolusi Industri Eropah sedang memuncak, begitu juga dengan permusuhan antara penduduk bandar Liverpool dan Manchester. Permusuhan Manchester-Liverpool sedang memuncak.

Ketika Revolusi Industri Eropah, bandar Manchester terkenal dengan industri pembuatan (manufacturing). Bandar Liverpool pula masyhur dengan industri pelabuhan kapal mereka.

Semua produk-produk yang dihasilkan oleh kilang-kilang di bandar Manchester akan dihantar ke bandar Liverpool untuk diedarkan.

Tetapi sejak pembinaan Manchester Ship Canal, produk-produk kilang di bandar Manchester boleh terus diedarkan di pelabuhan baru di Manchester Ship Canal.

Kos pengedaran berjaya dikurangkan. Kebergantungan industri pembuatan di Manchester kepada industri perkapalan di Liverpool turut dikurangkan.

Tembok pemisah dua bandar

Sejak lebih 100 tahun lepas, bagaikan ada satu tembok besar di antara pasukan Liverpool dengan Manchester United. Tiada siapa berani merentas tembok besar tersebut.

Dalam sejarah kedua-dua kelab, hanya seorang pemain bernama Phil Chisnall pernah merentasi tembok tersebut. Chisnall berhijrah dari Old Trafford terus ke Anfield pada 1964.

Itulah kali terakhir tembok besar tersebut berjaya direntasi.

Hari Bryan Robson hilang seorang peminat

Di satu tempat bernama Huyton, kawasan yang terletak lebih kurang 20km dari bandar Liverpool, seorang kanak-kanak yang memakai jersi Manchester United sedang seronok bermain bola sepak.

Dia membuat terjahan keras, membuat hantaran-hantaran yang mengelirukan, kanak-kanak ini juga mampu membuat sepakan deras di sebalik fizikalnya yang kecil.

Dia ingin menjadi seperti idolanya; Bryan Robson yang merupakan pemain Manchester United.

Kanak-kanak itu merasa bangga memakai jersi Manchester United yang tertulis nama Bryan Robson.

Entah dari mana, muncul kelibat lelaki 30-an dari satu arah.

Lelaki tersebut merupakan ayah kepada kanak-kanak tersebut. Ayahnya begitu marah sekali dan berkata kepada anaknya dengan nada yang keras:

“Kamu jangan memakai jersi Manchester United. Jangan sesekali berani memakai jersi Bryan Robson,” ujar lelaki tersebut kepada anaknya; Steven Gerrard.

Kanak-kanak bernama Steven Gerrard tersebut mendapat satu pelajaran penting; pertembungan antara Liverpool dan Manchester United bukan satu pertembungan yang biasa-biasa.

140316-135-Man_Utd_Liverpool

Pertembungan ini adalah gabungan 3 perkara; permusuhan, dendam kesumat dan maruah.

Sejak itu, Gerrard tidak lagi menyimpan jersi Manchester United.

Kesimpulan

Liverpool dan Manchester United adalah dua kelab yang paling berjaya dalam bola sepak Inggeris.

Antara kedua-dua kelab ini, mereka mengumpul 121 trofi berprestij.

Liverpool mendominasi pentas bolas sepak Inggeris dan Eropah daripada tahun 1975 hingga 1990, memenangi 11 kejuaraan liga dan 4 piala Eropah dalam tempoh tersebut.

Kemudian Manchester United pula yang mengambil alih daripada tahun 1993 hingga 2013. Memenangi 13 kejuaraan liga dan 2 piala Eropah.

Alex Ferguson benar-benar serius dengan impiannya untuk menjatuhkan Liverpool daripada kedudukan gemilang mereka. Dan beliau berjaya.

Baca juga: BAGAIMANA ROBERTO FIRMINO AKAN MEMBANTU LIVERPOOL?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN