Quantcast
Analisis Taktikal Liverpool 1-2 Manchester United


ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal: Liverpool 1-2 Manchester United

Monday, 23 Mar 2015

Manchester United berjaya menangani bahaya taktik 3-4-3 Brendan Rodgers dengan disiplin pressing manakala Steven Gerrard mengakhiri derbi North-West terakhir dalam karier beliau dengan menjadi burung pegar yang makan padi.

Kesebelasan utama Liverpool

Brendan Rodgers meneruskan kesinambungan taktik 3-4-3 beliau yang menghasilkan 5 kemenangan berturut-turut dalam liga untuk Liverpool sejak awal Februari. Raheem Sterling meneruskan tugasnya sebagai wing back kanan Liverpool. Jordan Henderson memegang lilitan kapten buat kali pertama dalam derbi North-West ini. Rodgers memilih gandingan Henderson dan Joe Allen di bahagian tengah, maka Steven Gerrard bermula dari bangku simpanan.




Kesebelasan utama Manchester United

Tiada kejutan oleh Louis van Gaal kecuali kemasukan Juan Manuel Mata yang bermula di sayap kanan dan Angel di Maria di bangku simpanan. Robin van Persie dan Johnny Evans masih cedera, bermakna Wayne Rooney meneruskan tugasnya sebagai penyerang utama dan Chris Smalling di bahagian pertahanan tengah.

Liverpool vs Man United - Football tactics and formations

Kelebihan pemain tengah Liverpool

Di atas kertas, jelas kelebihan berpihak kepada Liverpool berbanding Manchester United, dengan kelebihan 4v3. Dengan kelebihan ini, jelas Liverpool akan menyerang melalui tengah iaitu melalui kreativiti Coutinho dan Lallana.

Persoalannya, di sebalik kelebihan ini – mengapa Manchester United mendominasi penguasaan bola dan berjaya membuatkan kelebihan 4v3 Liverpool di tengah seperti tidak wujud?

Pressing Man United menghapuskan kelebihan Liverpool di tengah

Louis van Gaal kelihatan telah mempelajari sesuatu daripada gol-gol dan peluang yang diperolehi Coutinho dalam formasi 3-4-3 ini. Dalam taktikal Liverpool ini, Coutinho berada di poket ruang antara barisan tengah dan pertahanan – untuk merancang serangan dan menghasilkan rembatan jarak jauh seperti yang dilakukannya ketika menentang Southampton dan Manchester City.

Untuk mengurangkan bahaya Coutinho, van Gaal mengarahkan anak buahnya melakukan pressing yang intensif. Setiap kali Skrtel, Can dan Sakho menerima bola, pemain-pemain Man United akan melakukan pressing kepada mereka dan mengecilkan ruang antara barisan tengah dan pertahanan mereka. Ini menyukarkan Coutinho dan Lallana untuk beroperasi kerana mereka tiada sesiapa untuk menghantar bola (no passing options).

MAN1

Hanya apabila Sturridge mempelbagaikan posisinya (dengan menyerang Blind atau Valencia daripada duduk tengah dan menyerang Smalling dan Jones) barulah Liverpool mempunyai peluang gol pertama menerusi percubaan Lallana yang tersasar.

Baca: Man United vs Liverpool: Permusuhan, Dendam & Maruah

Man United menumpukan serangan di bahagian sayap

Jika anda mahu belajar bagaimana untuk mengalahkan pasukan yang bermain dengan 3 pertahanan tengah dan 2 wing backs, kami mencadangkan anda mengkaji corak serangan Man United.

Menentang pasukan sebegini, harus diingat kelemahan mereka adalah di bahagian sayap kerana mereka hanya mempunyai 1 pemain sahaja di bahagian sayap – iaitu wing back mereka.

Jika dilihat corak serangan Man United semalam, satu persamaan yang boleh kami cari adalah mereka sentiasa memulakan serangan di bahagian sayap. Jika anda lihat fokus hantaran Man United semalam ketika di kawasan final third Liverpool, kebanyakkannnya difokuskan ke bahagian sayap.

MAN

Kad merah Gerrard

Selepas separuh masa pertama, Rodgers mengeluarkan Lallana yang kurang efektif dan memasukkan Steven Gerrard. Ini bermakna Jordan Henderson akan bermain di posisi wing back kanan, manakala Raheem Sterling bermain di posisi Lallana.

Liverpool vs Man United - Football tactics and formations

Bagaimanapun, hanya selepas 38 saat Gerrard pula dikenakan kad merah. Sterling terpaksa kembali bermain di posisi wing back kanan dan Henderson kembali di tengah. Bagaimanapun kredit kepada pemain Liverpool kerana mereka masih meneruskan tenaga permainan mereka sehingga berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi Daniel Sturridge.

Liverpool vs Man United - Football tactics and formations

Kesimpulan

Untuk menangani bahaya Liverpool di tengah padang, Man United mengamalkan high pressing yang bermula dari Wayne Rooney, Juan Mata dan Ashley Young. Mengetahui kelemahan formasi Rodgers adalah di bahagian sayap, van Gaal mengarahkan anak buahnya menyerang Liverpool di bahagian sayap mereka. Strategi ini berhasil apabila berjaya menghasilkan 2 gol kepada pemain sayap mereka, Juan Mata.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber gambar: Four Four Two Statszone

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Analisis Taktikal: Liverpool 1-2 Manchester United



Berita Bola Yang Menarik