Sejarah Permusuhan Arsenal Dengan Tottenham Hotspurs

“Saya benci Arsenal. Saya benci warna merah mereka. Saya benci stadium mereka. Saya benci kawasan mereka, penyokong mereka, pemain mereka.”

“Tottenham tak pernah habiskan musim liga di atas Arsenal. Sejak…sejak bila, ya?”

Dua ayat di atas kami ambil daripada dokumentari pendek yang dihasilkan oleh Copa90. Ianya tentang North London derby.

North London derby mungkin tidak seganas derby Galasataray – Fenerbahce, Celtic – Rangers atau Lazio – AS Roma.

Tetapi ia tetap meriah. Meriah dengan maki hamun antara ‘kumpulan pendatang’ dan ‘orang Yahudi’.

Asal-usul Arsenal di Selatan London

Arsenal ditubuhkan pada 1886 oleh sekumpulan pekerja kilang senjata, Royal Arsenal, di Selatan London.

Pada awal-awal penubuhannya, Arsenal adalah cuma sebuah kelab bola sepak yang kecil.

Disebabkan kedudukan kilang Royal Arsenal yang agak terpencil, Arsenal sukar untuk menarik penyokong ke perlawanan mereka.

Royal_Arsenal,_Woolwich

Jumlah penonton yang sedikit menyebabkan Arsenal menjadi bangkrap pada 1910. Hanya 15 tahun selepas penubuhannya.

Henry Norris – seorang kontraktor perumahan yang juga merupakan pengerusi kelab Fulham – melihat kebankrapan Arsenal sebagai peluang. Norris mahu menggabungkan Fulham dan Arsenal menjadi sebuah kelab London yang besar.

Tetapi cita-citanya tidak diberi kebenaran oleh jawatankuasa Football League.

Untuk memperbaiki situasi kewangan Arsenal, Norris memindahkan operasi Arsenal ke Highbury di Utara London.

Asal-usul kebencian Tottenham Hotspurs kepada ‘pendatang’

Kehadiran ‘pendatang’ dari Selatan London ini pada mulanya taklah membuatkan penyokong Tottenham Hotspurs marah.

Pada ketika itu, majoriti penyokong Tottenham Hotspurs merupakan bangsa Yahudi yang menetap di Utara London.

Tetapi pada 1919, Arsenal memberi lebih banyak sebab untuk komuniti bangsa Yahudi ini marah.

Pada 1919, Football League (First Division) kembali bersambung selepas Perang Dunia Pertama tercetus pada 1914.

Sebelum musim 1919/1920 bermula, First Division mengambil keputusan untuk membesarkan liga daripada 20 pasukan kepada 22.

Ini bermakna ada 2 kuota tambahan dalam First Division.

Derby County dan Preston North End yang menduduki tangga pertama dan kedua Second Division dipromosikan secara automatik ke First Division.

Chelsea yang menduduki tangga ke-19 First Division sepatutnya diturunkan ke Second Division. Tetapi jawatankuasa Football League membenarkan mereka mengambil 1 kuota tambahan untuk terus beraksi dalam First Division.

1 lagi kuota perlu direbut secara undi antara:

– Tottenham Hotspurs (tangga terakhir First Division)
– Barnsley (tangga ke-3 Second Division)
– Wolves (tangga ke-4 Second Division)
– Nottingham Forest (tangga ke-18 Second Division)
– Birmingham City (tangga ke-6 Second Division)
– Hull City (tangga ke-7 Second Division)
– dan Arsenal (tangga ke-5 Second Division)

Undian ini dibuat oleh pengerusi-pengerusi kelab dalam Football League. Dan ia dimenangi oleh Arsenal dengan 18 undi. Tottenham Hotspurs hanya mendapat 8 undi.

Lain-lain: Barnsley (5), Wolves (4), Nottingham Forest (3), Birmingham (2) dan Hull City (1).

Selepas undian, khabar angin bertiup mengatakan pengerusi Arsenal, Henry Norris, telah merasuah pengerusi Football League dan Liverpool, John McKenna.

Bagaimanapun tiada bukti konkrit berjaya dicungkil daripada tuduhan ini.

Sejak itulah, penyokong Tottenham Hotspurs membenci Arsenal.

Spurs-014

Judas di Utara London

Sejak kes rasuah yang berlaku pada 1919, Tottenham Hotspurs dan Arsenal secara rasminya menjadi musuh tradisi.

Tetapi lama kelamaan, intensiti permusuhan ini menjadi semakin kendur.

Sejak tahun 1950, hanya bermula pada musim 1978-1979 sahaja Arsenal dan Tottenham Hotspurs bermain dalam divisyen yang sama.

Meskipun bermain dalam divisyen yang sama, intensiti permusuhan antara dua kelab ini masih tidak tinggi.

Tetapi semuanya berubah apabila Sol Campbell berpindah ke Arsenal pada musim 2001/2002.

Menjelang penghujung kontraknya pada musim panas 2001, Tottenham Hotspurs menawarkan gaji paling tinggi kepada Campbell.

Tetapi pengurus England, Sven-Goran Eriksson mendesak Campbell untuk bermain dalam UEFA Champions League. Akibatnya, Campbell menolak tawaran kontrak baru daripada Tottenham Hotspurs.

Inter Milan dan Barcelona adalah antara beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan Campbell.

Tetapi ketika sidang akhbar Arsenal untuk memperkenalkan Richard Wright sebagai pemain baru, wartawan dan peminat bola sepak England terkejut melihat Sol Campbell turut ada bersama Arsene Wenger.

Penyokong Tottenham Hotspurs menyelak kembali majalah Spurs Monthly di mana Campbell dipetik berkata:

“Saya takkan bermain untuk Arsenal”.

Judas, kata penyokong Tottenham Hotspurs. Lagenda, kata penyokong Arsenal.

Apapun sejak perpindahan Campbell ke Arsenal, intensiti permusuhan North London derby naik mencanak-canak.

judas campbell

Perayaan St. Totteringham’s Day

Bagi penyokong Tottenham Hotspurs pula, menewaskan Arsenal adalah satu sebab untuk berseronok. Maka St. Hotspurs Day dicipta.

Bagi penyokong Arsenal, menghabiskan musim liga di atas Tottenham Hotspurs adalah satu sebab untuk berparti. Maka St. Totteringham’s Day dicipta.

Kali terakhir Arsenal menghabiskan musim liga di bawah Tottenham Hotspurs adalah pada musim 1995/1996. Sejak itu, Tottenham Hotspurs sentiasa berada di bawah bayang-bayang musuh tradisi mereka.

Tetapi apabila Martin Jol mengambil alih tugas sebagai pengurus Tottenham Hotspurs daripada Jacques Santini pada musim 2005/2006, buat pertama kalinya Tottenham Hotspurs nampak boleh mencabar Arsenal.

Dalam pada perlawanan terakhir liga, Tottenham Hotspurs hanya perlu menang menentang West Ham untuk menghabiskan musim liga di atas Arsenal.

Hidup memang penuh dengan palat. Itu mungkin moto hidup penyokong Tottenham Hotspurs ketika itu.

Majoriti skuad utama Tottenham Hotspurs mengalami keracunan makanan ketika makan malam pada hari sebelum perlawanan. Akibatnya, Tottenham Hotspurs kalah 1-2.

tottenham-keracunan

Tetapi sejak itu, Tottenham Hotspurs memberi bayangan mereka sudah mampu menyaingi kekuatan skuad Arsenal. Bajet yuran perpindahan Tottenham Hotspurs sudah boleh menyaingi Arsenal.

Peningkatan ketara Tottenham Hotspurs membuatkan North London derby menjadi semakin sengit.

Berbanding dulu, North London derby sudah menjadi semakin bising. Semakin mendebarkan. Semakin mencemaskan.

Tetapi penyokong Arsenal sentiasa berpendapat Tottenham Hotspurs akan sentiasa mengejar bayang-bayang mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN