Sejarah El Clasico: Bagaimana Perang Saudara Sepanyol 1936 Buat Real Madrid & Barcelona Bermusuh

Sudah banyak stereotaip tentang El Clasico yang diulang-ulang sehingga sejarah sebenar diabaikan.

Jika anda tahu stereotaip tentang perlawanan El Clasico, anda pasti pernah mendengar bahawa El Clasico adalah ulangan Perang Saudara Sepanyol yang berlaku sebelum Perang Dunia ke-2.

Dalam erti kata lain, ia adalah pertembungan sejarah penindasan kumpulan Nasionalis (yang rata-ratanya disokong oleh orang Madrid) terhadap pejuang nasionalisme Catalonia (gambar bawah).

Rakyat Catalonia berarak meraikan kemenangan pilihanraya barisan Republik (kredit: Rjgeib.com)

Apa itu Perang Saudara Sepanyol?

Perang Saudara Sepanyol tercetus pada Julai 1936 selepas kumpulan Republikan yang bertanggungjawab menjadikan Sepanyol sebuah negara republik (yang meruntuhkan sistem beraja monarki di Sepanyol) menang pilihanraya umum sekali lagi pada Februari 1936.

Pada ketika itu, majoriti penduduk Catalonia (penyokong Barcelona) menyokong kumpulan Republikan kerana mereka dijanjikan autonomi kuasa memerintah wilayah mereka sendiri.

Baca juga: Mengapa Catalonia Ingin Merdeka Dari Sepanyol?

Kemenangan kumpulan Republikan nyata tidak menyenangkan kumpulan nasionalis Sepanyol yang rata-ratanya disokong oleh penyokong Real Madrid. Tetapi ada juga penyokong Real Madrid yang menyokong kumpulan Republikan.

Kumpulan Nasionalis mahu sistem beraja di Sepanyol dikembalikan. Mana tidaknya, mereka merupakan golongan yang selalu mendapat keistimewaan oleh keluarga diraja Sepanyol.

Jadi kumpulan Nasionalis berpendapat, mereka tiada jalan lain untuk menghentikan Sepanyol daripada menjadi sebuah negara republik selain daripada melakukan rampasan kuasa.

Untuk melakukan rampasan kuasa, kumpulan Nasionalis melancarkan perang pada musim panas 1936.

Serangan kumpulan Nasionalis ini diketuai oleh Francisco Franco (gambar bawah) – seorang jeneral tentera muda berusia 44 tahun.

Jeneral Franco ketika meraikan kejyaan rampasan kuasanya dari barisan Republikan (kredit: Rjgeib.com)

Kaitan Perang Saudara Sepanyol dengan El Clasico

Untuk pengetahuan anda, Santiago Bernabeu – individu penting dalam sejarah Real Madrid – merupakan salah seorang penyokong kuat kumpulan Nasionalis dan tentera yang berkhidmat di bawah Jeneral Franco.

Bernabeu merupakan penyerang dan kapten Real Madrid sebelum bersara pada 1927 – 9 tahun sebelum tercetusnya Perang Saudara Sepanyol.

Santiago Bernabeu (kanan) bersalaman dengan Jeneral Franco (kredit: DiarioMadrid.net)

Selepas Perang Saudara Sepanyol tamat, Bernabeu bertanggungjawab menyusun semula organisasi Real Madrid. Beliau menghubungi pegawai-pegawai, bekas pemain dan ahli kelab yang masih hidup untuk menghidupkan semula Real Madrid.

Sementara itu di Barcelona, penduduk Catalonia juga perlu menghidupkan semula kelab bola sepak mereka selepas Perang Saudara Sepanyol. Apatah lagi selepas presiden FC Barcelona, Josep Suñol mati dibunuh oleh pejuang Nasionalis dalam perang tersebut.

Monumen peringatan Josep Suñol, presiden Barcelona FC (kredit: EqualizerBlog)

Mengapa sentimen Perang Saudara Sepanyol tidak boleh ditiup dalam El Clasico?

Apabila Raja Alfonso XIII menghadiahkan perkataan ‘real’ (yang bermaksud royal dalam English) dan mahkotanya untuk diabadikan dalam logo Real Madrid, ramai orang mula mengaitkan Real Madrid dengan keluarga diraja Sepanyol.

Evolusi perubahan emblem Real Madrid selepas dihadiahkan mahkota oleh keluarga diraja Sepanyol (kredit: TheBlaze.com)

Apatah lagi selepas pejuang pro-kemerdekaan Catalonia mula menghidupkan semula sentimen Perang Saudara Sepanyol sejak pilihanraya tahun 2015.

Tetapi apa yang sering diabaikan oleh pejuang pro-kemerdekaan Catalonia dan orang ramai adalah – ramai juga penyokong Real Madrid menjadi mangsa penindasan kumpulan Nasionalis semasa Perang Saudara Sepanyol.

Antaranya adalah Presiden Real Madrid ketika era Perang Saudara Sepanyol iaitu Rafael Sánchez Guerra dan Antonio Ortega.

Malah ada juga sesetengah penyokong Real Madrid yang mempunyai ahli-ahli keluarga dan saudara mereka yang terkorban dalam Perang Saudara Sepanyol.

Semuanya angkara kumpulan Nasionalis yang mengagungkan keluarga diraja Sepanyol.

Bagi kami, adalah tidak adil apabila pejuang pro-kemerdekaan Catalonia meniup sentimen Perang Saudara Sepanyol 1936 dalam perlawanan El Clasico.

Sebaliknya El Clasico perlu menjadi arena pertembungan dua pasukan bola sepak terbaik di Sepanyol (malah dunia juga) untuk menentukan kelab mana yang paling agung.

El Clasico cukup hanya perlu menjadi pride battle antara Real Madrid dan Barcelona. Bukannya medan menoreh luka lama.

Baca juga: Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN