Quantcast

BERITA KAJIAN & FAKTA

Mengapa Catalonia Ingin Merdeka Dari Sepanyol?

7 hari akan datang, kerajaan Catalonia (atau Catalunya) akan membuat keputusan sama ada mereka mahu meneruskan referendum (undian rakyat untuk menentukan rancangan kerajaan) untuk kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol atau tidak.

Selepas referendum kemerdekaan Scotland bulan lepas yang berakhir dengan 51% rakyat Scotland memilih untuk kekal dalam United Kingdom, Catalonia mengambil inspirasi dari Scotland untuk mengadakan referendum sama.

Cuma bezanya dengan kes di Scotland, kerajaan pusat Sepanyol tidak mahu bekerjasama untuk menunaikan tanggungjawab demokrasinya.

===================================
Apa kaitan FC Barcelona dengan Catalonia?
===================================

 

10357524_865142986864180_7134795278288068566_n

Kredit: The Guardian Football UK

 

Let’s get this straight.

FC Barcelona bukan kelab dari Sepanyol. FC Barcelona adalah kelab dari negara bernama Catalonia. Jika anda bertanya kepada anak-anak jati Catalonia (yang digelar catalan) seperti Josep Guardiola, Xavi Hernandez, Carles Puyol, Cesc Fabregas atau Christian Tello – mereka akan berkata mereka Catalonia adalah sebuah negara seperti Scotland. Sepanyol adalah persekutuan seperti United Kingdom.

Tetapi jika anda bertanya kepada Sepp Blater, Ángel María Villar dan Mariano Rajoy Brey – mereka akan berkata Catalonia adalah salah sebuah wilayah di Sepanyol. Sama seperti Kelantan adalah wilayah di Malaysia.

=============================
Mengapa Catalonia mahu merdeka?
=============================

 

Kredit: Reuters

Kredit: Reuters

 

Seperti Scotland, Catalonia mahu merdeka kerana mereka merasakan Catalonia boleh menyara ekonomi mereka sendiri. Kekuatan ekonomi Catalonia terbukti kerana mereka menyumbang 20% hasil ekonomi Sepanyol ketika ini.

Ini bermakna aktiviti ekonomi di Catalonia sahaja menyumbang USD 271.6 billion kepada ekonomi Sepanyol pada tahun 2013. Lebih kurang sama dengan hasil ekonomi Hong Kong dan bandar Seoul pada 2013.

Dari segi kebudayaan, Catalonia mempunyai identiti bangsa dan bahasa mereka sendiri. Hampir 35% penduduk Catalonia bercakap bahasa Catalan dalam percakapan seharian walaupun hampir 98% daripada mereka menganggap Spanish adalah bahasa utama mereka dan Catalan adalah bahasa kedua mereka.

==========================================
Apa kesan kemerdekaan Catalonia kepada dunia bola sepak?
==========================================

 

Kredit: AFP

Kredit: AFP

 

Gerakan kemerdekaan Catalonia memang membimbangkan kerajaan pusat Sepanyol. Tetapi dalam konteks bola sepak, Liga BBVA akan hilang dua pasukan dari Catalonia jika mereka merdeka – FC Barcelona dan Espanyol.

Tetapi yang paling ditakutkan oleh kerajaan pusat Sepanyol adalah, gerakan kemerdekaan Catalonia ini akan membangkitkan gerakan kemerdekaan di tempat lain pula. Contohnya di wilayah Basque yang lebih ekstrem politiknya.

Apabila Basque pula merdeka, Liga BBVA akan hilang 4 kelab lagi – Athletic Bilbao, SD Eibar, CA Osasuna dan Real Sociedad.

Liga BBVA akan hilang kompetitifnya dan secara tak langsung, pasukan kebangsaan Sepanyol juga akan menjadi lemah.
Boleh dikatakan dalam isu kemerdekaan Catalonia ini, kerajaan pusat Sepanyol akan lebih rugi berbanding Catalonia sendiri. Kata orang putih, they have a lot at stakes in this issue.

Fungsi FC Barcelona dalam gerakan kemerdekaan Catalonia sangat penting. Di Camp Nou lah aktivis-aktivis kemerdekaan Catalonia berkumpul untuk menyuarakan mesej kemerdekaan mereka kepada kerajaan pusat.

Setiap 17 minit dan 14 saat perlawanan, Catalans akan bersorak menuntut kemerdekaan di Camp Nou – memperingati kemasukan Catalonia dalam Sepanyol pada tahun 1714.

Benarlah cogan kata FC Barcelona – més que un club

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!