Sejarah Buatkan Alisson Pilih Liverpool Dan Tolak Tawaran Chelsea

Penjaga gol Liverpool, Alisson mendedahkan buat pertama kali mengapa Liverpool menjadi kelab pilihan untuk mengembangkan karier beliau di dalam bola sepak.

Sejak menyertai Liverpool pada musim panas lalu, Alisson telah memberikan impak yang sangat positif kepada benteng pertahanan Liverpool dengan kebolehan beliau.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)
Tolak pilihan ke Chelsea

Alisson tiba di Anfield dengan tanda harga £67 juta -sebagai penjaga gol termahal dunia pada ketika itu. Pada masa yang sama, Chelsea turut menjadi sebuah lagi kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol antarabangsa Brazil tersebut.

Bercakap kepada Mail Online, Alisson menjelaskan pilihan beliau:

“Kelab ini [Liverpool] memiliki lima kejuaraan Piala Eropah di kabinet trofi mereka. Saya juga mahu menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini. Selama ini saya sentiasa kagum akan sejarah di Liverpool.

 

“Saya memilih Liverpool atas sebab yang sama ketika saya memilih untuk menyertai Roma. Saya berpendapat ia adalah pilihan terbaik untuk mengembangkan karier saya.

“Chelsea pada ketika itu sedang di dalam transisi dengan pengurus baru, dan tidak beraksi di pertandingan UEFA Champions League [musim ini].”

Chelsea akhirnya memilih untuk membawa masuk Kepa Arrizabalaga  dengan satu lagi rekod dunia untuk penjaga gol bernilai £71 juta sebelum jendela perpindahan Ogos lalu ditutup.

(Photo by David Blunsden/Action Plus via Getty Images)
Rekod cemerlang

Walaupun akhirnya Alisson gagal mempertahankan Liverpool daripada rekod tanpa kalah di saingan Liga Perdana Inggeris – apabila tewas 1-2 kepada Manchester City – skuad kendalian Jurgen Klopp masih memiliki kelebihan empat mata di puncak liga.

Alisson juga masih mempertahankan clean sheet (rekod tanpa bolos) terbanyak pada musim ini dan hanya membenarkan 10 gol dilepaskan selepas 21 perlawanan setakat ini.

Kelebihan utama Alisson berbanding dengan penjaga gol lain di England ialah kebolehan beliau menggunakan kaki untuk mengawal bola – sebelum turut membantu gerakan pasukan dari blok pertahanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN