Quantcast

BERITA

JDT Bakal Perkenalkan Jersi Baharu Untuk Musim 2019 Pada Hari Esok

Juara liga super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi kelab pertama dalam Liga Malaysia yang bakal memperkenalkan jersi baharu mereka yang direka khas oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat pada hari esok (Sabtu).

Perasmian jersi baharu itu diadakan sehari selepas perlawanan persahabatan pra-musim 2019 yang pertama JDT pada malam ini di Stadium Larkin menentang kelab dari Singapura, Home United. Kemasukan untuk perlawanan ini adalah percuma.

“Ini merupakan peluang pertama penyokong bagi menyaksikan barisan pemain JDT musim 2019 beraksi dalam perlawanan dan antara pemain yang baru ditandatangani seperti Mauricio dos Santos Nascimento, Aaron Niguez, Diogo Luis Santo dan Akhyar Rashid dijangka bakal membuat kemunculan.

“Keesokan harinya, 12 Januari 2019, penyokong berpeluang menyaksikan perasmian jersi baharu ‘Home’ and ‘Away‘ musim 2019 yang amat dinanti-nantikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru,” kata kenyataan daripada laman facebook rasmi JST.

HUJUNG MINGGU JDT YANG PENUH KESERONOKANHanya beberapa hari sahaja lagi menjelang hujung minggu yang menghiburkan buat…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, January 9, 2019

Menurut JST, jersi tersebut hadir dalam dua varian, ‘Player Issue’ dan ‘Fans Issue’. ‘Fans Issue’ lebih mampu milik untuk penyokong pada harga RM185 berbanding ‘Player Issue’ yang harganya RM549.

“Untuk musim 2019, JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dari Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat. Pasukan pereka grafik ini juga adalah pasukan yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris Saint-Germain dan skuad kebangsaan Brazil.

“Tambahan lagi, Nike dan pihak pengurusan kelab telah membuat keputusan untuk memperkenalkan dua varian bagi rekaan kali ini iaitu varian Jersi Authenthic (Player Issue) dan Varian Jersi Replika (Fans Issue).

“Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit).

“Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.

“Varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti.

“Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’,” jelas kenyataan daripada JST tersebut.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!