Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri tidak berselindung menyanjungi serta mengatakan bahawa Claudio Ranieri yang kini merupakan pengurus Fulham adalah inspirasi buat karier beliau sebagai seorang pengurus.
Ranieri yang juga merupakan bekas pengurus Chelsea berkesempatan melawat Pusat Latihan Cobham pada awal musim lalu untuk menemui Sarri dan pembantunya, Gianfranco Zola.
”Rakan adalah perkataan yang begitu besar tetapi saya sangat menyukainya (Claudio Ranieri). Saya melawatnya di Florence (ketika Ranieri sebagai pengurus Fiorentina) kira-kira 20 tahun yang lalu.”
”Saya fikir dia tidak mengingati pertemuan itu tetapi ia sangat penting buat saya.”
”Dia juga adalah melawat kami kira-kira 40 hari yang lepas untuk meninjau sesi latihan pasukan. Dia bercakap dengan saya dan Gianfranco (Zola).”
Menurut sumber Sky Sports, beliau ketika ditanya adakah Ranieri merupakan inspirasi buatnya, ini jawapan Sarri:
”Sudah tentu. Saya merasakan dia sangat baik dalam fasa bertahan dan cukup berbahaya ketika serangan balas pantas, sama seperti Leicester City.”
”Jadi tidak mudah untuk beraksi menentang pasukan yang dibimbing Ranieri.”
Kedua-dua pengendali kelahiran Itali itu akan bertembung sesama sendiri apabila Chelsea bakal melayani kunjungan Fulham di Stamford Bridge pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.
Kredit foto: Mail Online