Bekas pemain AC Milan, Clarence Seedorf mengatakan yang Barcelona perlu insaf dan tidak melakukan lagi amalan gemar memberikan tekanan kepada pengadil sewaktu perlawanan.
Hal ini kerana, tindakan mereka yang selalu memberikan tekanan kepada pengadil dilihat sering menganggu kerja pegawai itu dan tidak menghormati mereka.
Pada hemat Seedorf lagi, pengurus Barcelona iaitu Xavi Hernandez perlu memimpin pemainnya agar tidak melakukan perkara itu lagi di kemudian hari.
“Ia adalah tabiat mereka suka memberikan tekanan kepada pengadil, Xavi harus tunjukkan rasa hormat kepada mereka,” kata Seedorf.
Tambah Seedorf lagi, perbuatan suka memberikan tekanan kepada pengadil ini ibarat sebuah tabiat yang tak boleh diubah lagi kerana bukan saja pengurus, tapi pemain Barcelona pun suka lakukannya.
Tetapi bagi legenda Milan ini, perbuatan itu sukar untuk kesannya memberikan hasil kepada Barcelona kerana zaman sekarang sudah dilengkapi dengan sistem Video Assistant Referee (VAR).
“Barcelona suka salahkan pengadil?”
“Perkara ini sering berlaku ketika beliau [Xavi] menjadi seorang pemain, ianya adalah sebahagian daripada budaya mereka.
“Tetapi di zaman VAR ini, apa yang mereka lakukan tidaklah memberi kesan kepada keputusan pengadil,” tambah Seedorf lagi.
Barcelona seri 3-3 dengan Inter Milan dalam aksi UEFA Champions League dengan takdir menemukan mereka dengan Europa League adalah hampir pasti.
Jika Inter berjaya mendapatkan keputusan positif menentang Viktoria Plzen maka sudah terpatri nasib mereka selepas peringkat kumpulan ini.