Pemain import tengah Terengganu iaitu Habib Haroon kini boleh dianggap berada pada prestasi terbaik beliau, selepas sumbangannya di posisi tersebut kembali mengukuhkan kelab itu dalam saingan Liga Super serta Piala FA.
Terengganu pada awal musim menjadi antara pasukan yang tidak konsisten serta kerap melepaskan mata buat kelab lain kerana masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan pemahaman taktikal diterapkan oleh Tomislav Steinbruckner.
🏳️🏴KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN🏳️🏴
FT [TERENGGANU FC II 4-1 KELANTAN UNITED FC ]
⚽️⚽️ Syaiful Hakim
⚽️⚽️ Syahmi Zamri
⚽️ Mohd Alif#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/2HUvhwkicp— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 16, 2023
Tambahan pula, perancang tengah mereka iaitu Habib juga masih lagi dihantui isu kecederaan awal musim yang menyaksikan beliau terlepas tiga perlawanan awal Liga Super bersama Terengganu.
Kehadiran beliau pada minggu keempat ketika berdepan PDRM menjadi salah satu asbab kebangkitan buat Terengganu untuk berjaya meraih tiga mata pertama mereka dalam aksi liga.
Ketika ini Terengganu berjaya meneruskan momentum positif mereka hasil empat kemenangan berturut-turut dilakar termasuk saingan Piala FA pusingan kedua ketika mereka menewaskan Melaka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
Pada perlawanan tersebut, Terengganu berjaya mengetepikan cabaran pelawat menerusi kemenangan besar 4-0, dan Habib tampil sebagai antara watak penting yang menyusun setiap gerakan di tengah serta mengawal tempo permainan.
Siri kemenangan tersebut menjadikan para pemain Terengganu termasuk Habib semakin bermotivasi untuk berdepan mana-mana lawan selepas ini dalam saingan liga setelah mengharungi sembilan aksi domestik sebelum itu.
Menurut Habib, para pemain kini semakin serasi dan berada dalam momentum terbaik, biarpun ramai muka-muka baharu menyertai pasukan tersebut sejak awal musim ini.
Untuk aksi akan datang, Habib tetap mengambil langkah berwaspada untuk tidak terlalu selesa dalam membuat perhitungan seterusnya berdepan Selangor yang turut berada dalam prestasi terbaik.
Walaupun begitu, Habib tetap menuntut supaya rakan sepasukan lain memberi fokus sepenuhnya dalam mengikut setiap rencana diberikan oleh jurulatih, supaya mereka tidak pulang dengan tangan kosong selepas perlawanan itu berakhir.
🏴🏳️KESEBELASAN UTAMA SKUAD TERENGGANU FC II VS KELANTAN UNITED FC 🏴🏳️
Pemain Simpanan : Irfan Syafiq (GK), Razif Alimi, Iman Zaidi, Arul Haikal, Azrul Iman, Badrul Muhayat, Amirul Syazwan, Hisyam Ismail dan Firdaus Rusdi#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/rvCeXTzoiS
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 16, 2023
“Corak permainan kami kini semakin baik dan kami lebih bersedia menentang dengan semua kelab, tahun ini tidak sama berbanding tahun lepas, namun kami kembali berdisiplin untuk terus mengharungi saingan liga.
“Jadi menentang Selangor FC, kita tahu pasukan itu adalah antara kelab yang bagus dalam Liga M, namun kita akan cuba berikan yang terbaik untuk mengutip mata walaupun sedar bukan tugasan yang mudah untuk melakukannya.
“Lagipun kami mahu meneruskan momentum kemenangan kelima berturut-turut bagi mengelak keciciran mata lagi kerana jarak dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) agak jauh iaitu 11 mata,” katanya menerusi Arena Metro.