“Sedap Lagi DDS Ni Dari DDS Hok Tu”, Antara Reaksi Penyokong Terengganu Kepada Foto Ini

Dominique da Sylva (DDS) Terengganu 2020

Nampaknya, sebilangan besar penyokong Terengganu FC masih rindukan sentuhan Dominique da Sylva (DDS) berbanding penyerang musim ini, David da Silva (DDS), berdasarkan reaksi kepada sekeping foto.

Kedua-dua pemain itu memiliki akronim yang sama, namun jelas, memiliki sentuhan berbeza, tidak kira di dalam padang mahupun di luar padang. Penyokong Terengganu lebih menggangkat Dominique.

Gambar yang dikongsi Terengganu FC ketika kunjungan ke Stadium KLFA, Cheras, untuk aksi minggu lalu mempamerkan bekas penyerang mereka musim lalu itu bersama pengurus pasukan, Zulfadli Rozi.

Dominique telah menyertai KL City FC untuk saingan musim ini apabila dilepaskan Terengganu pada penghujung musim lalu. Kehilangannya diganti oleh David da Silva yang diterbangkan dari Indonesia.

Rekod jaringannya sebelum tiba ke Kuala Terengganu agak baik ketika dua musim bersama kelab di Liga 1 Indonesia, Persebaya Surabaya iaitu 15 gol daripada 17 penampilan. Beliau juga pernah meledak dua gol dalam sembilan aksi ketika kontrak singkatnya di K-League bersama Pohang Steelers.

Walaupun sudah meledak tujuh gol dalam 14 penampilan sulungnya di Liga Super, impaknya masih belum terasa oleh para penyokong. Ada di antara mereka yang menyatakan pemain ini agak ‘berat’.

Berbanding Dominique pada musim lalu, beliau telah menghasilkan sembilan gol dalam 10 penampilan.

Beliau hanya sempat tampil enam kali pada musim ini bersama KL City disebabkan telah mengalami kecederaan serius di bahagian ligamen kaki yang memaksanya berehat sehingga ke hujung musim ini.

Antara komen pada posting tersebut adalah, “DDS sedia ada tak sedap, DDS ini lebih sedap lagi, laju ada, penyudah bagus”, “Sedap Mat Dom lagi dari DDS tu” dan “Tolong ambil semula Dominique.”

Selain itu, turut dapat dilihat komen yang mempersoalkan kenyataan majoriti penyokong lain iaitu, “Dulu masa Mat Dom duduk TFC, anda kata Mat Dom ‘berat’, sekarang kata Mat Dom sedap pulak.”

Jordan Mintah Bagi Signal Kepada Nafuzi Zain, Pandanglah Prestasiku ‘Coach’

Malah, jika dilihat, para penyokong lebih sukakan penyerang Terengganu II, Jordan Mintah yang dilihat lebih memberikan impak. Semuanya BOLA turut pernah mempersoalkan tindakan Terengganu yang mengembalikannya ke skuad simpanan selepas David da Silva kembali ke skuad utama.

Sepanjang ketiadaan David da Silva, Jordan Mintah dinaikkan pangkat dan dalam empat aksinya, beliau telah meledak tiga gol dan hanya terlepas untuk mencetak gol dalam aksi ketiga berdepan Perak FC.

Benarkah David da Silva kurang memberikan impak kepada permainan Terengganu kini? Mereka telah tewas dalam dua aksi berturut-turut dan beliau hanya meledak satu gol dalam dua aksi tersebut.

Malam esok, mereka akan berdepan cabaran juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di halaman sendiri. Ketika ini, Sang Penyu ketinggalan dua mata di belakang Kedah Darul Aman di tangga kedua liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN