Jordan Mintah Bagi Signal Kepada Nafuzi Zain, Pandanglah Prestasiku ‘Coach’

Jordan Mintah Terengganu FC II 2021 nafuzi zain

Prestasi penyerang Terengganu FC, David da Silva dilihat kurang menjadi berbanding Jordan Mintah, walaupun mereka berjaya menundukkan Selangor FC, baru-baru ini.

Beraksi penuh dalam tiga aksi terkini berdepan Selangor, UiTM FC dan Penang FC, beliau hanya berjaya meledak satu gol ketika menewaskan UiTM dengan keputusan 3-0, 4 Mei lalu. Dalam 592 minit penampilannya, beliau telah menghasilkan tiga gol.

Berbanding Jordan Mintah, dalam 540 minit permainan bersama skuad utama ketika ketiadaan David da Silva, beliau berjaya menghasilkan empat gol – sedikit lebih baik berbanding penyerang berusia 31 tahun itu dalam saingan Liga Super 2021.

Baru berusia 25 tahun, Jordan Mintah masih boleh beri lebih lagi berbanding David da Silva dan prestasinya dalam beberapa aksi terkini di Terengganu FC II di Liga Premier seakan-akan beliau cuba memberikan signal kepada pengendali, Nafuzi Zain.

Dalam empat perlawanan terkini Terengganu FC II, Jordan Mintah belum lagi berhenti meledak gol. 11 gol dihasilkannya bermula dengan dua gol berdepan JDT II, Selangor 2 (2 gol), Kelantan FC (3 gol) dan terbaharu, empat gol dengan Skuad Projek FAM-MSN.

Namun, Nafuzi Zain dilihat masih ‘berdegil’ dan tetap dengan keputusannya untuk mengutamakan David da Silva. Mungkin dari segi fizikal, pemain kelahiran Ghana itu tidaklah sebesar David da Silva, namun sentuhan jaringannya diperlukan Terengganu.

Belum cukup masa buatnya untuk membuktikan kemampuannya selepas penyerang kelahiran Brazil itu kembali ke dalam skuad utama apabila pulih daripada kecederaan.

Rata-rata penyokong juga dilihat menyuarakan perkara yang sama di mana mereka mahukan kelibat Jordan Mintah, walaupun Sang Penyu berjaya merekodkan enam kemenangan berturut-turut bermula dengan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman.

Beliau masih memuji prestasi David da Silva sebagaimana selepas meledak satu gol berdepan UiTM. Katanya, “Saya percaya dengan kebolehan yang dimiliki David da Silva. Saya gembira kerana beliau dapat menjaringkan satu gol malam ini.”

Begitupun, apa yang membimbangkan Nafuzi Zain kini adalah kecederaan-kecederaan kecil yang dialami oleh David da Silva yang mengganggu proses pemulihannya.

“Saya mahu beliau mengelak daripada mengalami kecederaan. Malam ini beliau dapat beraksi selama 90 minit walaupun pada 15 minit terakhir beliau mengalami kekejangan otot tetapi beliau perlu kekal kerana kami sudah membuat lima pertukaran,” ujarnya.

Adakah Jordan Mintah sedang memberi signal kepada Nafuzi Zain untuk kembali menyenaraikannya bersama skuad utama? Apa pandangan penyokong Terengganu?

Baca lagi artikel lain mengenai Jordan Mintah dan Terengganu FC:

Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?

Liga Super: Gol Kemenangan Minit Akhir Terengganu Buat Selangor Gigit Jari Di Halaman Sendiri

Penjaring Terbanyak Liga Filipina Jordan Mintah Bakal Sertai TFC II?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN