Beberapa bulan lalu, bola sepak Malaysia digegarkan dengan kes skandal mengatur perlawanan di peringkat Liga Premier.
3 pemain Malaysian Indian Sport Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) yang didakwa menerima suapan dengan niat mengatur perlawanan membabitkan pasukan terbabit.
Pemain-pemain tersebut (termasuk seorang pemain import) dikatakan menerima suapan bernilai di antara RM10,000 sehingga RM30,000.
Bekas pemain kebangsaan, Khairul Anuar Baharum antara yang ditahan oleh SPRM kerana disyaki menjadi dalang skandal tersebut.
Perintah tahanan reman terhadap 3 pemain MISC-MIFA tersebut dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin Acho pada 6 April ke atas Khairul Anuar Baharum.
Khairul kemudian menyerah diri kepada SPRM 14 April yang lalu di pejabat SPRM Putrajaya dengan ditemani oleh peguam yang mewakili beliau.
Pada 22 April lalu, Khairul telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan tiga orang penjamin. Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nik Ishafnie Tasnim Wan Ab. Rahman.
Ianya selepas Khairul direman selama 7 hari di bawah Seksyen 16 (b), Akta SPRM 2009 kerana disyaki mengatur perlawanan melibatkan pasukan MISC-MIFA.
Perintah tahanan reman ke atas Khairul Anuar Baharum bermula pada 15 April 2017 lalu dan berakhir pada hari ini, 22 April 2017.
Pada 31 Mei, Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menetapkan 11 Julai sebagai tarikh sebutan semula tersebut.
Khairul Anuar Baharum akan mendengar sebutan semula kes tersebut dengan seorang lagi bekas pemain bola sepak yang didakwa menawarkan suapan kepada pemain kelab MISC-MIFA.
Hakim Fathiyah Idris membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karmila Mokhtar.
Terdahulu, Karmila memohon mahkamah menangguhkan kes, berikutan serahan dokumen yang belum lengkap.