Toulon Tournament 2017 Membuka Tirai, Indonesia Dikalahkan Oleh Brazil

Toulon Tournament 2017 telah membuka tirai dengan kejohanan ini mengambil tempat di Perancis.

Tapi apakah Toulon Tournament ini?

Ia merupakan kejohanan bawah umur iaitu B-21 yang telah dimainkan sejak 1967. Ia dianggap sebagai kejohanan B-21 peringkat dunia yang tidak rasmi kerana ia wujud sebelum FIFA memperkenalkan kejohanan Piala Dunia Belia.

Untuk edisi yang berlangsung di Perancis kali ini disertai oleh 12 pasukan dengan 2 pasukan adalah dari Asia iaitu Jepun dan Indonesia.

12 pasukan tersebut adalah:

  • Angola, England, Jepun, Cuba (kumpulan A)
  • Ivory Coast, Perancis, Wales, Bahrain (kumpulan B)
  • Republik Czech, Scotland, Brazil, Indonesia (kumpulan C)

Perlawanan pertama setiap kumpulan telah pun dilangsungkan dengan tiada kejutan dihasilkan.

Dalam aksi kumpulan A, Jepun diikat oleh pasukan Cuba 1-1 sementara pasukan pilihan iaitu England hanya mampu menang 1-0 sahaja ke atas pasukan Afrika – Angola.

Aksi kumpulan B juga tidak banyak beza apabila Perancis yang bertemu pasukan Wales diikat seri tanpa jaringan.

Namun bagi Ivory Coast ia adalah satu nikmat apabila mereka menang 1-0 ke atas Bahrain.

Perlawanan di kumpulan C sedikit menghiburkan apabila perlawanan diantara Republik Czech dan Scotland menghasilkan 5 gol dengan Republik Czech menang 3-2.

Ondřej Chvěja, Ondřej Šašinka dan Martin Graiciar menjaringkan gol untuk Republik Czech. 

Sementara 2 gol Scotland disumbangkan oleh pemain RB Leipzig iaitu Oliver Burke.

Wakil Asia Tenggara iaitu Indonesia boleh berbangga dengan pencapaian mereka walaupun tewas 1-0 ditangan Brazil.

Aksi Indonesia menentang Brazil.

Hal ini kerana, mereka berjaya mengelak dari dimalukan dengan teruk oleh kuasa besar bola sepak Amerika Selatan itu.

Kejohanan yang dilangsungkan dalam bentuk karnival ini sedikit berbeza dari kejohanan bola sepak yang lazim diadakan.

Hal ini kerana, tempoh permainan setiap separuh masa cumalah 40 minit sahaja dan bukannya 45 minit seperti selalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN