Sebagai Peminat Bola Sepak, Apa Impian Anda?

Jika impian anda adalah datang ke UK untuk tengok aksi pasukan Premier League kegemaran anda secara langsung, anda perlu membaca sehingga habis.

Hasil kerjasama dengan Astro sempena musim Premier League 2019/2020 yang baru berlangsung, Coca-Cola Malaysia akan memberikan 6 penyokong Premier League yang bergelar sebagai pemenang hadiah utama kempen ‘Kickstart Your Football Dream’ mereka, suatu pengalaman untuk menyaksikan perlawanan Premier League di UK.

Selain itu, terdapat sehingga 30,000 hadiah termasuk cenderahati edisi terhad Coca-Cola- Premier League jersi, beg kasut bola, beg sukan dan sebagainya untuk dimenangi oleh orang ramai. Astro turut menawarkan pakej percuma Astro Sports Package selama 28 hari kepada 5,000 pemenang bertuah dalam peraduan Coca-Cola ini.

Kempen ‘Kickstart Your Football Dream’ yang dianjurkan oleh Coca-Cola Malaysia dengan kerjasama Astro ini akan berlangsung selama 3 bulan, bermula dari Ogos hinggalah Oktober 2019.

Kempen ini yang dianjurkan turut memperkenalkan rangkaian produk Coca-Cola, termasuk Coca-Cola No Sugar, Coca-Cola Light dan Coca-Cola Stevia. Rangkaian produk Coca-Cola yang mempunyai logo “Healthier Choice” ini, turut membantu mendorongkan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

“Kami tahu bola sepak lebih dari sekadar sukan. Ia wadah penyatuan yang merangkum pelbagai emosi – teruja, berdebar, kecewa dan gembira. Seiring dengan realiti ini, kami memperkenalkan portfolio Coca-Cola sepanjang kempen ini untuk menawarkan peminat bola sepak pilihan – termasuk Coca-Cola No Sugar/ Coca-Cola Light/ Coca-Cola Stevia – mengikut mood, rasa dan kesukaan mereka,” jelas En. Lim Kean Yew, Pengarah IMC Coca-Cola Singapura dan Malaysia (gambar bawah).

Berbalik kepada kempen ‘Kickstart Your Football Dream’, jika anda nak menang perjalanan impian anda ke UK untuk menyaksikan pasukan EPL sokongan anda, inilah cara-caranya:

1. Beli pek tin atau botol Coca-Cola yang mempunyai tanda khas.

2. Cari kod unik di bawah penutup botol putih atau penutup sentap tin merah.

3. Layari cokeurl.com/epl2_my untuk menyertai peraduan.

Ha, tunggu apa lagi? Kalau anda belum pernah jejak kaki ke Old Trafford, Anfield, Stamford Bridge, Emirates Stadium atau Tottenham Hotspur Stadium, inilah peluang keemasan anda untuk pergi.

Jom beli pek Coca-Cola banyak-banyak dan sertai sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN