Sebab Itu Logo Selalunya Di Sisi Kiri Jersi, Fayadh Zulkifli ‘Keliru’ Ketika Mahu Menciumnya

Jersi logo aneh Fenerbahce Kedah Fayadh ZUlkifli

Pemain sayap Kedah Darul Aman FC, Fayadh Zulkifli menimbulkan sensasi tersendiri ketika meledak jaringan dalam aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur (KL) City FC apabila dilihat ‘tercari-cari’ logo pasukan di jersi.

Antara kebiasaan penjaring gol adalah mencium logo pasukan selepas meledak gol dan Fayadh Zulkifli juga tidak terkecuali. Beliau pada awalnya tampak gagal menemui logo Kedah untuk dicium selepas meledak gol.

Beliau berjaya meledak gol kedua dan pendahuluan Sang Kenari sejurus dibawa masuk pada minit ke-68. Golnya membantu membangkitkan Kedah untuk memenangi perlawanan 3-2 selepas aksi terikat 1-1 dalam tempoh lebih setengah jam. Kemasukkannya membantu Kedah mendapat gol pendahuluan diikuti gol ketiga.

Jersi utama Kedah itu pada awalnya memang menimbulkan sedikit kontroversi apabila logo pasukan diletakkan di tengah jersi. Susunan reka bentuknya membuat para penyokong merasakan jersi tersebut tidak menarik.

Ditambah dengan logo Lotto dan DXN Industries yang turut berada di tengah jersi, ia memburukkan ‘keadaan’.

Malah, ada yang mengubah suai rekaan jersi tersebut dengan meletak logo Lotto dan Kedah ke sebelah kanan dan kiri jersi dan ia tampak lebih kemas sebegitu. Dan, logo yang terletak di sebelah kiri bukan disengajakan.

Sebelum ini pernah timbul kontroversi logo di jersi. Pada Ogos tahun lalu, Puma melancarkan jersi ketiga bagi semua kelab utama Eropah yang ditaja mereka antaranya AC Milan, Man City dan Olympique Marseille.

Corak rekaan jersi ketiga baharu Puma ini dilihat cukup berani dan ianya boleh diihat cukup jelas di bahagian depan. Ini kerana, satu elemen penting jersi telah dialihkan iaitu logo pasukan dan ianya digantikan dengan nama pasukan. Ia menerima pelbagai respon daripada penyokong, malah ada juga pemain yang terkeliru.

Antaranya, Muhammed Gumuskaya meledak gol untuk Fenerbahce mendahului perlawanan dan dilihat mahu meraikannya di depan penyokong mereka dengan mencium logo pasukan. Sebagaimana Fayadh Zulkifli, beliau dilihat tercari-cari logo pasukan dan akhirnya tersedar yang jersi baharu mereka keluaran Puma itu tiada logo.

https://twitter.com/NOT_MOTD/status/1428451337386303500

Situasi Fayadh Zulkifli mungkin tidaklah seteruk Gumuskaya, namun ia memperlihatkan keanehan reka letak di sesebuah jersi. Sudah menjadi kebiasaan logo sesebuah pasukan berada di sebelah kiri, mengapa perlu diubah?

Malah, ada yang mengaitkan terletaknya logo pasukan di sebelah kiri adalah disebabkan hati kita di sebelah kiri. Logo berada di atas hati dan ia melambangkan semangat, kebanggaan dan juga kesetiaan pemakainya. Kita selalu melihat pemain akan meletakkan tangan di sebelah kiri dada apabila menyanyikan lagu kebangsaan.

Ia tidaklah salah cuma janggal dan aneh. Diharapkan ini kali pertama dan terakhir Fayadh Zulkifli ‘terlupa’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN