Piala FA: Kedah Tampil Garang Dengan Barisan Skuad Simpanan Di Laman Sendiri

Kedah Darul Aman menepati ramalan ramai pemerhati bola sepak negara apabil mudah menewaskan pelawat, SAINS FC di Stadium Darul Aman dengan keputusan 4-0 untuk mengesahkan skuad Kendalian Aidil Sharin layak ke peringkat seterusnya.

Walaupun hadir dengan skuad simpanan, nyata Kedah tidak memberi jalan mudah buat pasukan pelawat dengan asakan bertali arus dilancarkan selain dominan sepanjang 90 minit menguasai perlawanan.

Lima minit pertama menyaksikan barisan kedua Kedah berjaya menguasai permainan dengan hantaran-hantaran pendek dibuat berbanding pelawat yang lebih banyak bertahan dengan menumpukan para pemain di bahagian bawah.

Intensiti permainan setakat 15 minit permainan juga agak perlahan walaupun Kedah lebih menguasai permainan, skuad ini memiliki kesukaran untuk melepasi pasukan lawan yang padat di laman sendiri.

Gol pertama akhirnya terhasil buat tuan rumah pada minit ke-18 menerusi pemain licik, Fayadh Zulkifli yang berjaya membuat larian deras untuk memintas dua pertahanan lawan sebelum melepaskan satu rembatan deras dari sebelah kanan bagi menewaskan penjaga gol, Mohd Jibrail Kamaron Baharin.

Tuan rumah mula meningkatkan intensiti permainan setelah mendapat gol pertama mereka dengan beberapa siri gerakan berbahaya dicipta Kedah bagi mencari gol kedua perlawanan.

Pasukan pelawat pula gagal untuk mengimbangi rentak permainan lawan selain disiplin penguasaan bola yang dilihat amat lemah dan mudah dieksploitasi Kedah di segenap sudut.

Aiman Afif hampir mendapat peluang keemasan bagi menambah gol kedua perlawanan apabila kesilapan penjaga gol SAINS FC bersama barisan pertahanan mudah diambil peluang pemain muda ini untuk melepaskan satu percubaan sebelum sedikit sahaja tersasar ke atas pada minit ke-23.

Menyedari masalah Kedah dalam menembusi kubu pelawat yang sangat kebal, Aidil Sharin membuat pertukaran dengan memberi ruang kepada Al-Hafiz Harin di separuh masa kedua bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Hasil satu gerakan Amer Azahar di tengah berjaya membuka ruang buat Fayadh menambah gol kedua pada minit ke-46 menerusi satu rembatan deras dari luar kotak penalti untuk terus memberi tekanan buat SAINS FC.

Hasil situasi kelam kabut benteng pertahanan pelawat yang gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik, peluang tersebut diambil oleh Amer Azahar untuk melepaskan satu rembatan yang menuju terus dalam gawang gol pada minit ke-50 dengan menjadikan tuan rumah terus selesa dengan kedudukan 3-0.

Kedah terus mengorak langkah pada minit ke-59 menerusi gol kedua yang terhasil oleh Amer Azahar yang berjaya meledak gol cantik hasil sepakan percuma di luar kotak penalti untuk meletakkan pasukan selesa mendahului dengan keputusan semasa 4-0.

SAINS FC hampir memperoleh sekurangnya satu gol menerusi serangan balas pantas daripada penyerang mereka, Shahurain abu Samah sebelum diselamatkan kembali oleh penjaga gol simpanan, Ilham yang pantas berlari menutup ruang pada minit ke-80

Tamat 90 minit perlawanan menyaksikan Kedah selesa mematikan terus cabaran SAINS FC dengan keputusan 4-0 selain aksi yang begitu mantap dipamerkan oleh skuad itu sepanjang 90 minit permainan berlangsung dengan menggunakan ramai khidmat pemain muda.

SAINS FC pula tampil dengan masalah untuk mengawal bola dengan lebih lama selain kehilangan idea untuk menyerap serangan tuan rumah dengan lebih berkesan.

Dengan keputusan itu, pastinya memberi kegembiraan buat Aidil Sharin yang melihat kualiti barisan kedua beliau mampu memberi aksi yang sangat bertenaga untuk memberi pengendali dari Singapura itu lebih banyak idea dalam merangkai taktikal buat perlawanan seterusnya.

Kesebelasan Utama Kedah Darul Aman

Mohd Ifwat Akmal Che Kassim ( Penjaga Gol) (Kapten)

Asnan Ahmad

Mohd Loqman Hakim Marzuki

Mohammad Amer Azahar

Mohamad Heshamudin Ahmad

Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik

Mohd Aiman Afif Md Afizul

Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam

Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin

Amirul Azhan Aznan

Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid

Kesebelasan Utama SAINS FC

Mohd Jibrail Kamaron Baharin (Penjaga Gol)

Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad

Muhamad Faqrul Najmi Fadil

Yosry Derma Raju (Kapten)

Segar Arumugam

Mohamad Zulhelmi Roslan

Shahurain Abu Samah

Mohd Arif Afiki Muhamad

S. Gevanesh Santhira Mohan

Sivanesan Shahmugam

Muhammad Iskandar Noorisam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN