Sean Selvaraj Mahu Lebih Agresif Di Posisi Serangan Negeri Sembilan

Penyerang Negeri Sembilan iaitu Sean Selvaraj mempunyai tekad tersendiri untuk tampil lebih berbisa di posisi serangan utama pasukan tersebut bagi siri perlawanan akan datang.

Terdahulu, nama Sean boleh dianggap tidak begitu menyerlah pada musim ini bersama pasukan tersebut, selepas beliau dihambat dengan isu kecederaan berpanjangan.

Selain itu, faktor pemain lain yang lebih menyerlah juga menjadikan Sean sedikit terpinggir serta tidak begitu banyak digunakan oleh Negeri Sembilan pada siri perlawanan dihadapi.

Tidak seperti lalu yang dianggap positif buat Sean, nama pemain ini jelas sedikit sepi dan hanya merekodkan satu jaringan sahaja bersama Negeri Sembilan pada aksi Liga Super 2023.

Pastinya pada baki perlawanan yang akan datang ingin digunakan Sean sepenuhnya untuk kembali mencuri hati para peminat Hoben Jang Hoben menerusi impak beliau di posisi serangan.

Jelas Sean, beliau memasang tekad untuk tampil dengan lebih agresif pada aksi seterusnya membabitkan pasukan diwakilinya itu berdepan PDRM pada 25 November akan datang.

Ketika ini, penyerang tersebut mengakui kembali berada di tahap terbaik dan memasang tekad untuk kembali beraksi dengan cemerlang seperti sebelum itu

“Saya tidak dapat beraksi sepenuhnya pada sebahagian besar perlawanan Liga Malaysia sejak pertengahan musim ini kerana masalah kecederaan, tapi kini masalah itu sudah diatasi dan tahap kecergasan semakin baik.

“Saya mahu terus membuktikan kemampuan sebenarnya bagi membantu pasukan kembali menyinar dalam liga dan meraih kemenangan, apa lagi saingan Liga Super semakin menghampiri penghujung dan hanya berbaki tiga perlawanan,” katanya menerusi Harian Metro.

Kali terakhir Sean menjaringkan gol ketika Negeri Sembilan mengatasi cabaran Kelantan United pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023.

Ketika itu, jaringan tunggal beliau berjaya memastikan Negeri Sembilan mencatat kemenangan tipis 1-0 untuk mengatasi pasukan lawan.

Melihat kepada prestasi semasa PDRM yang tampil serba menjadi, Sean mengakui ianya bukan sesuatu mudah untuk dihadapi mereka pada perlawanan akan datang.

“PDRM dilihat mencapai prestasi kemuncak mereka selepas berjaya menewaskan Sri Pahang, jadi kami perlu berhati-hati dengan penguasaan mereka walaupun mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN