Sean Eugene Sedar Tugas Mencabar Menanti Negeri Sembilan Musim Ini, Tekad Beri Yang Terbaik Buat Penyokong

Setelah hampir tiga minggu menjalani rutin latihan bersama Negeri Sembilan, penyerang baharu mereka, Sean Eugene tampil dengan keyakinan tinggi mengenai peningkatan yang ada pada prestasinya biarpun belum mencapai di tahap yang terbaik.

Bekas penyerang berbisa Selangor yang berusia 25 tahun itu juga ternyata tidak sabar untuk menjalani latihan bersama penyerang import Negeri Sembilan bagi menghadapi cabaran terbaharu beliau dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Setakat ini, latihan tampak berjalan lancar dan semua pemain fokus kepada usaha meningkatkan tahap prestasi masing-masing, tambahan pula masa begitu pantas bergerak dan perlu dimanfaatkan dengan baik dalam mempersiapkan diri dan pasukan.

“Ketika ini, saya dalam proses membina kombinasi mantap bersama Mohamad Zaquan Adha (Abdul Radzak) dan pemain lain dalam pasukan.

“Namun berharap dapat berlatih dengan penyerang import secepat mungkin. Setakat ini hanya pemain pertahanan, Herold Goulon yang sudah bersama menjalani latihan,” katanya kepada wakil Harian Metro, ketika itu.

Pemain yang beraksi di bahagian sayap itu akui banyak nilai positif mengenai prestasinya yang dicapai dan beliau rasa sangat selesa dengan persekitaran pasukan sekali gus melonjak motivasi pemain ini lebih tinggi untuk sama-sama berusaha meningkatkan mutu permainan skuad Hobin Jang Hobin.

Pada pendapat Sean, melalui pengendali pasukan K. Devan, banyak perkara baharu dipelajari beliau yang membantu pemain ini untuk meningkatkan lagi tahap permainannya ke arah lebih tinggi selain menambah keyakinan pada dirinya menerusi latihan yang dijalani.

Beliau yang berasal dari Port Dickson itu juga mengakui perlu lebih pantas mengikuti dan memahami segala percaturan serta aspek yang diberi penekan ketua jurulatih tersebut kerana mengakui cabaran lebih besar bakal berlaku dalam saingan Liga Super berdasarkan persiapan rapi setiap pasukan yang bertanding.

“Saya dapat rasakan kombinasi antara kami (Zaquan Adha) amat positif, namun dengan kehadiran penyerang import yang dijangka tiba dalam masa terdekat, ia harus memberikan impak yang lebih baik kepada kekuatan pasukan apabila cabaran sebenar bermula nanti.

“Apa pun, kami sedar tugas kali ini lebih mencabar, tapi dengan kehadiran pemain berpengalaman dan bereputasi tinggi, Negeri Sembilan boleh memberikan saingan bukan sahaja dalam Liga Super, malah Piala FA dan juga Piala Malaysia,” katanya.

Selaku salah seorang pemain yang beraksi di barisan serangan, Sean menyedari mengenai diri beliau yang akan menjadi harapan daripada pihak pengurusan kelab dan terutama sekalj para penyokong untuk memberi impak yang baik di bahagian hadapan.

“Saya akan bekerja keras untuk memberikan persembahan terbaik jika diberi peluang dan misi saya untuk membantu pasukan negeri saya meraih kejayaan musim ini,” kata pemain yang pernah beraksi di temasya Sukan Sea 2017 (KL2017).

Setakat ini persiapan juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan dilihat berjalan lancar dengan barisan pemain serba baharu termasuk dua import yang sudah ditandatangi bagi memperkuatkan pasukan iaitu, David Gordon Mawutur selaku muka baharu dalam Liga Malaysia serta bekas pertahanan kental Sri Pahang, Herold Goulon.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN