Kami tertarik dengan satu post di facebook Mohamad Asyraaf yang menyelar mentaliti penyokong bola sepak dan pengurusan di negara kita yang mengambil remeh isu scouting.
Ini adalah pendapat beliau tentang mana kaedah lebih baik, scouting atau trial session ?
Skuad Penjejak Bakat (Scouting Squad)
Saya tak nafikan pada masa kini, kita memerlukan satu team scouting untuk memantau sendiri calon import yang kita kita perlukan.
Ini juga akan menunjukkan satu kualiti/ciri pasukan yang bersedia untuk melangkah ke alam pro yang sebenar.
Tetapi dalam masa yang sama, ketika kita melakukan scouting keatas seseorang pemain yang bagus misalnya, bukan kita sahaja yang memantau keatas pemain tersebut.
Akan bermulanya pula proses bida harga keatas pemain ini dalam usaha mendapatkannya.
Kita seringkali membaca komen seperti:
“Ambik la import yang bagus yang muda”.
Tetapi kita tidak sedar semakin bagus seseorang pemain itu dengan semakin muda usianya, maka semakin mahal harganya.
Kita perlu realistik dalam hal ini dikala suasana harga pemain cukup meningkat pada kadar yang sangat drastik di seluruh dunia.
Mentaliti Kita
Hatta pemain yang di-scouting itu bagus sekalipun, majoriti peminat kita masih ditakuk lama. Ada yang tetap mepersoalkan kenapa pemain itu ‘di-sign terus’ tanpa trial terlebih dahulu.
Stereotaip yang tidak pernah hilang dikala dunia sedang menuju ke wawasan 2020.
Tahukah anda, dalam filosofi bola sepak moden, A good player will never go for trial session (Seorang pemain yang bagus tidak perlu melalui sesi percubaan).
Trial Session
Trial biasanya melibatkan pemain muda yang mahu mendaftar masuk ke dalam akademi bola sepak terutama kelab dan akademi elit.
Ada juga sesi trial yang memberikan peluang kepada seorang pemain yang gagal menyerlah di kelab lama mungkin atas beberapa faktor.
Ada juga trial untuk memberikan peluang kepada pemain yang baru pulih dari kecederaan panjang seperti Owen Hargreaves ketika ke Manchester City. Dia dipanggil trial selepas video youtube beliau.
Fokus saya bukan kepada trial untuk pemain akademi, sebaliknya menjurus kepada trial untuk aspek yang sudah berusia. Tidak salah sebenarnya jika sesebuah pasukan melakukan trial session.
Ini untuk memastikan dia layak untuk menjadi seorang import, bolehlah kita memberikan pemain tersebut peluang membuktikan sesuatu.
Realiti di negara kita, jika berbicara soal kualiti pemain yang hadir, banyak yang ‘merepek’ daripada yang ‘ada sesuatu’ untuk dibuktikan.
Tetapi selagi kos yang ditanggung itu dibiayai sendiri mereka, bagi saya secara peribadi, tiada isu sangat hal ini. Cuma yang menjadi isu, jika pasukan yang menanggung kos itu.
Bukan bermaksud untuk kedekut, tetapi kita kena sedar perbelanjaan pasukan bukan hanya keatas pemain import sahaja. Banyak lagi kos lain yang diambil kira.
Kalau kita sedar juga, kebanyakan yang hadir umur mereka sekitar 29 ke 32 tahun. Pada usia ini jika diambil kira daripada sudut kewangan, sudah tentu tidak semahal pemain yang berusia 23 tahun.
Isu kemajuan dan peak sudah di fasa akhir. Namun ia bukan masalah jika pasukan tidak memikirkan soal bisnes.
Baru-baru ini JDT mengumumkan penjualan Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero yang memberikan pulangan sekitar RM15 juta kepada kelab mereka.
Kenapa mereka mendapat duit sebanyak itu? Kerana pemain mereka masih dalam proses membangun menuju kemuncak ataupun peak.
Namun, kebanyakan pasuka tidak mampu untuk menjual pemain mereka kerana tidak ada scouting yang berhubung dengan kelab lain di luar sana untuk mempromosi bakat yang ada dalam kelab.
Kesimpulan
Dalam kerangka dan senario bola sepak semasa di tanah air kita, saya berpendapat tidak salah kalau kita masih menggunakan teknik trial session.
Namun, adalah lebih baik jika kita mewujudkan scouting squad di dalam pasukan. Yang salah dan merugikan jika pemain tanpa resume yang baik terus disain tanpa menjalani trial session.
Scouting jauh lebih baik daripada mengharapkan ejen semata-mata. Ada sebuah pasukan di negara kita dilaporkan membelanjakan sehingga RM800,000.00 untuk ejen pemain.
Sekarang zaman teknologi, jika kos untuk ke luar negara terlalu mahal, pasukan scouting boleh memikirkan mekanisme untuk mendapatkan maklumat pemain dari jaringan (networking) mereka.
Bahasa mudahnya, kedua-dua teknik masih relevan. Dan lebih baik kedua-duanya wujud berbanding dengan hanya bergantung kepada trial session semata-mata.
Nota Editor: Artikel ini adalah hasil daripada penulisan di laman sosial oleh Mohamad Asyraaf yang diolah semula oleh semuanyaBOLA.
Jika anda berminat untuk menulis artikel untuk audien semuanyaBOLA, emailkan artikel dalam format Microsoft Words kepada [email protected].
Baca juga: UEFA Dedahkan Manchester United Kelab Dengan Beban Hutang Paling Tinggi