Scott O’Donell: “Malaysia Perlukan Tenaga Jurulatih Asing”

Scott O'Donell

Scott O’Donell selaku pengarah teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi cadangan agar jurulatih asing dilantik untuk mengemudi skuad Harimau Malaya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe.

Beliau yang baru memulakan tugas setelah dilantik oleh FAM dengan kontrak selama tiga tahun bermula semalam menganggap tindakan tersebut perlu untuk memberi nafas baharu untuk jangka masa panjang bola sepak negara.

“Saya melihat bahawa skuad Harimau Malayaa selepas ini wajar dibimbing oleh jurulatih asing untuk mengubah kembali landskap serta masa depan bola sepak Malaysia ke satu tahap baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” katanya menerusi kenyataan daripada FAM.

Perkara tersebut dijangka akan dibincangkan FAM dalam masa terdekat dengan nama Brad Maloney serta Bojan Hodak dikaitkan dengan jawatan tersebut.

O’Donell juga mahu meneruskan kesinambungan sekaligus memperkasakan lagi F:30 yang telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018 lalu sebagai peta hala tuju FAM bagi tempoh 12 tahun.

Jelas beliau, F:30 merupakan pelan startegi untuk tahun 2019 hingga 2030, namun disebabkan wabak COVID-19 secara tidak langsung menjejaskan perancangan tersebut. O’Donell juga mengakui pelan tersebut merupakan sesuatu yang bagus dan boleh dikembangkan mengikut kesesuaian masa.

Tambah beliau, pelan tersebut tidak semestinya hanya tertumpu kepada pencapaian dalam membangunkan skuad negara, malah pelan ini juga meliputi pembangunan akar umbi, belia pendidikan jurulatih, bola sepak wanita, futsal, dan bola sepak pantai yang dilihat penting.

O’Donell mempunyai pengalaman yang luas mengenai kejurulatihan bola sepak sebelum ini apabila pernah memegang peranan sebagai Mentor Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2009 dengan fokus utama beliau kepada pembangunan belia, pembangunan jurulatih, pengarah teknikal dan pementoran serta Pengajar Jurulatih Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu sebagai pengajar bagi Lesen Pro, A, B, dan C.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN