NPNG FC Damansara Damai mengesahkan tempat ke suku akhir Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas berjaya menumpaskan Bukit Kapar FC 2-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan B, sebentar tadi.
Meskipun hanya memerlukan satu mata untuk lolos ke peringkat seterusnya, NPNG FC Damansara Damai tetap tampil kemas bagi memburu jaringan.
Bukit Kapar FC yang turut mengintai peluang ke suku akhir sedikit tempang berikutan ketiadaan dua tonggak utama, Firdaus Musa dan Rafiuddin Ramly.
GOAL! NPNG leads before the break!
Umar Etudayeabdulmajid takes the shot so well after Bukit Kapar failed to clear their lines, despite Syafiq Aladin’s best efforts to save it!#BKFCvsNPNG#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/AY7TEv6nbg
— Football Selangor (@FootballSEL) November 17, 2019
Jaringan yang diharapkan NPNG FC Damansara Damai menjelma pada minit ke-35 selepas Umar Etudayeabdulmajid menggunakan kesempatan hasil kesilapan pertahanan lawan untuk meledakkan gol pertama.
Ketika aksi babak kedua baru berlangsung kira-kira 10 minit, perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika berikutan cuaca buruk di Arena MPSJ.
Perlawanan bersambung menyaksikan skuad bimbingan Micheal Palani itu menambah jaringan kedua menerusi William Biassi pada minit ke-59.
GOAL! NPNG are surely through!
William Biassi jumps highest to head in Lukhman Noor Hakim’s free-kick in!#BKFCvsNPNG#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/iOVHq4UfzB
— Football Selangor (@FootballSEL) November 17, 2019
Jaringan tersebut berpunca daripada sepakan percuma dilakukan Lukhman Noor Hakim yang ditanduk mudah William sekaligus memastikan kemenangan 2-0 buat NPNG FC Damansara Damai.
Pemain terbaik perlawanan: William Biassi (NPNG FC Damansara Damai)