Belia Selangor merakamkan kemenangan kedua dalam saingan kumpulan B Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas membenam cabaran Subang Protap II FC 2-0 pada aksi yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.
Meskipun mendapat tentangan hebat daripada Subang Protap II FC yang ada ketikanya begitu garang memberikan asakan, barisan pemain muda ini berjaya menyerap tekanan dengan baik.
Muhammad Haedar Halim hampir meletakkan Subang Protap II di hadapan seawal minit kesembilan permainan tetapi percubaannya sekadar singgah di tiang gol.
Selepas itu, skuad Belia Selangor yang mendapat bimbingan Noor Zaidi Rohmat dan Mohd Aslam Haja Najmudeen pula memberikan tekanan buat lawan tersebut.
GOAL! Belia @FASelangorMy ahead!
A swift 1-2 sees Ahmad Danial continuing scoring with a great low finish!#BELvsPRO#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/7zmxh0nkZ1
— Football Selangor (@FootballSEL) November 10, 2019
Usaha mereka membuahkan hasil apabila kapten, Ahmad Danial menyudahkan dengan baik lorongan dilakukan M. Dnesh pada minit ke-19 bagi membuka tirai jaringan.
Jaringan itu jelas meningkatkan moral para pemain untuk menambah jaringan. Bagaimanapun penyudah kurang berkesan menyaksikan keputusan memihak Belia Selangor itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Berselang lima minit selepas aksi kembali bersambung, Luqman Hakim Mustaza mencuri tumpuan dengan jaringan padu daripada jarak jauh yang gagal dihalang penjaga gol Subang Protap FC, Asrul Azmi.
GOAL! Belia @FASelangorMy double their lead!
Luqman Hakim, what a bloody screamer!!! Just watch!#BELvsPRO#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/PES6XpZldb
— Football Selangor (@FootballSEL) November 10, 2019
Kelebihan dua jaringan itu kekal hingga tamat permainan untuk meletakkan Belia Selangor ketika ini di tangga keenam dengan tujuh mata.